Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Ahad, 30 Oktober 2011

Batu Bara – marga Rao atau Mandailing?


Oleh Jari Basurek

Ramai yang terkeliru dan menyangka bahawa orang Batu Bara adalah orang Rao kerana loghatnya menyamai bahasa Rao. Langgam bahasa dan sebutan perkataan loghat Batu Bara seakan-akan bahasa Rao. Apakah orang Batu Bara adalah keluarga Rao?

Teka-teki ini terjawab akhirnya. Tidak ada tempat di Sumatera Barat bernama Batu Bara, tetapi ada sebuah daerah pengeluar batu bara di Umbilin, Sawah Lunto. Sungguhpun begitu, suku (bahasa Minangkabau) atau marga (bahasa Mandailing) Batu Bara memang wujud di Sumatera Barat. Orang Batu Bara sebenarnya berasal dari Sumatera Utara. Dan suku ini adalah marga Mandailing yang majoritinya tinggal di Sumatera Utara.


Kebanyakan masyarakat Batu Bara menetap di Kabupaten Pasaman iaitu di Rao. Faktor jiran dan perbatasan menyebabkan orang-orang Batu Bara suka tinggal di Rao. Apatah lagi Rao bersempadan dengan Sumatera Utara. Mereka telah berhijrah dari Sumatera Utara ke Rao beratus tahun yang lalu. Jika kita berkunjung ke tanah Rao, berdekatan Pasar Rao; ramai penduduk Mandailing menetap di situ beratus tahun lamanya.

Oleh yang demikian, asimilasi budaya membentuk kehidupan orang-orang Mandailing khususnya bermarga Batu Bara yang telah dipengaruhi budaya dan adat Rao termasuklah dari segi pertuturan bahasa secara evolusi.

Lantaran itu tidak banyak perbezaan antara adat dan makanan Rao dengan Mandiling kerana asimilasi berlaku tanpa disedari. Sebab itu apabila mereka berhijrah, merantau dan meneroka kawasan baru di Tanah Melayu – mereka sering berdekatan dan berjiran – secara teorinya; di mana ada Rao di situ ada Mandailing. Contohnya perkampungan Rao dan Mandailing di Chemor, Temoh, Banir, Gopeng dan sebagainya, jelas menggambarkan mereka bersatu dan bersaudara walaupun berlainan marga.

Isnin, 24 Oktober 2011

Hari Keluarga JARO meriah

SHAH ALAM – Hampir 500 ahli Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) dikumpulkan dalam sambutan hari keluarga yang diadakan di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf pada 15 Oktober yang lalu.


Yang Dipertuanya, Datuk Seri Mohamed Khalil Hussein berkata, program yang julung kali diadakan ini mendapat sambutan menggalakkan di samping mengeratkan silaturahim antara ahli keluarga.


“Ia dapat merapatkan silaturahim sesama kita terutama kalangan generasi muda yang akan mewarisi tampuk JARO dan pembangunan negara pada masa depan. “Selain itu, dapat mendedahkan mereka mengenai asal usul kaum Rao untuk mengenang kembali sejarah datuk nenek moyang yang mengharungi pelbagai cabaran berhijrah dan meneroka di Tanah Melayu,” katanya ketika berucap merasmikan program itu.


Beliau berkata, program itu bertujuan menarik generasi muda dan profesional Rao untuk menyumbang tenaga dan kepakaran untuk memajukan persatuan ini.


“Sumbangan generasi muda penting supaya dapat menyumbangkan idea baru kepada persatuan di samping sebagai bakal pengganti kepimpinan sedia ada.


“Ia juga dapat membentuk suatu gelombang yang boleh membantu kaum Rao khususnya kepada bangsa Melayu untuk menguasai bidang yang diperlukan seperti agama, pendidikan, ekonomi dan kemasyarakatan,” katanya.


Katanya, kelab yang ditubuhkan pada 6 Disember 2007 itu kini memiliki hampir 1,000 ahli.

“Malah, sebahagian mereka yang hadir pada hari ini juga datang dari negeri lain,” katanya.

Majlis yang turut dihadiri Pengerusi Permodalan Nasional Berhad, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid; Presiden Persatuan Bekas-bekas Wakil Rakyat Umno, Tan Sri Abd Aziz Shamsudin dan Pengarah Urusan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub.


Sementara itu, Hussamuddin berharap kemesraan dan pengukuhan tali silaturahim yang dijalinkan melalui program itu tidak berlalu begitu sahaja.

.
“Kebanyakan orang Rao sudah berjaya dalam bidang masing-masing sehingga menjadi lokomotif perubahan kepada Negara.

.
“Kita sepatutnya berterima kasih kepada mereka yang terdahulu berhijrah ke sini sekali gus berjaya melahirkan ramai anak Rao yang berjaya di negara ini,” katanya.


Katanya, Karangkraf turut sedia beri kerjasama sekiranya Jaro ingin menganjurkan program sebegini setiap tahun. Petikan: Sinar Harian





Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao