Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Selasa, 1 Mac 2011

Mencari susur galur nenek Tupin-pembuka Kg Daching, Negeri Sembilan





Assalamualaikum w.b.t

Semoga encik sihat.

Maaf mengganggu. Saya ingin mendapatkan maklumat mengenai jalur keturunan saya, Melayu Rao.

Bapa saya Abdul Manaf.
Datuk saya Jaya.
Moyang saya Ali.

Ali pula ialah adik beradik dengan Supik dan Tupin (pembuka Kg. Dacing,Negeri Sembilan). Tupin datang ke Tanah Melayu bersama Pulasan. Saya difahamkan JARO ada membuat lawatan ke Kg Dacing.

Seperti Tupin dan Supik, Ali bapanya ialah Menang/Menang.

Di sini, saya terfikir kemungkinan pihak tuan ada membuat pertukaran maklumat teromba ketika membuat lawatan di Kg. Dacing.

Maklumat yg saya dapati daripada cucu Pulasan, hanyalah sehingga Manang/Menang sahaja. Saya sehingga kini hanya mendapat beberapa fragmen sahaja.

1) Makam Manang/Menang berada di Indonesia. Makam itu dijaga oleh orang Mandailing.
2)Tupin pernah pulang semula ke Rao. Beliau kemudiannya singgah di Pagarruyung.
3)Tupin memiliki loket yg mencatatkan tarikh 1938.


Harap pihak tuan dapat mnyalurkan sebarang maklumat yg berkaitan.
salam.

oleh
"Muhammad Naim"

Nota:
Ini adalah warkah keturunan nenek Tupin. Oleh itu jika sekiranya anda ada berkait dengan salasilah nenek Tupin bolehlah e-melkan keterangan anda ke sekondakhati@gmail.com untuk dipanjangkan kepada "Muhammad Naim" (u.p. Jari Basurek)

1 ulasan:

  1. Pelakon veteran Datuk Baharuddin Omar atau dikenali dengan nama Anjang Aki ini ada kena mengena (bersaudara)dengan datuk saya Hashim Hj Jaafar dan isteri (1) Nyonya Gunung Mendah serta (2) Lijah binti Kaha. Beliau berhijrah dari Gunung Mensah, Perak ke Sg Tua, Selangor sekitar 1930an. Sesiapa yang ada maklumat lanjut utk cantumkan persaudaraan, mohon hubungi saya di email jaiothman@yahoo.com. Saya ialah cucu beliau, Zaihan bin Othman (Suman Bt Caves) bin Hashim

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao