Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Selasa, 26 Januari 2010

Kg. Tenggelan (Kampung Rao) dalam kenangan



Tan Sri Muhamad Ghazali Shafei bersama pimpinan mukim Telang



Kedudukan kampung Tanjung Besar Tenggelan

AM
Sejarah kedatangan orang Rao (Rawa) dari Sumatera Barat ke kawasan Raub/Lipis khas kampung Tenggelan terletak di hulu Ulu Sega dan Ulu Telang sebenarnya tidak pernah dicatat secara terpeinci oleh keluarga mereka sendiri yang sudah bertaburan di merata tempat terutama di Kampung Lubuk Kulit/Beletik. Maklumat utama yang sangat diperlukan oleh pengkaji sejarah seperti tahun kedatangan mereka, nama tokoh utama, tempat asal mereka datang dan asal-usul keturunan mereka tidak dijumpai secara teratur dalam bentuk dokumen bertulis. Hanya yang ada adalah riwayat secara lisan dari mulut kemulut sahaja, sayang jika maklumat ini tidak dicatat kerana pengingat akan meninggalkan kita. Peminat sejarah yang mengkaji sejarah tersebut terpaksa berusaha gigih dan memperuntukan masa bergerak ke sana ke mari menemuramah generasi lama yang masih ada.

SEJARAH KAMPUNG TENGGELAN

Kedatangan orang sumatera barat ke tanah melayu terutama di kawasan Tenggelan lebih kurang pada tahun 1830 hingga 1840 semasa ‘perang Paderi’ 1821-1837 di Minangkabau. Kampung ini mula dibuka oleh ‘Apit Limpang’ Haji Panglima kiri Mat Daud yang dikata berasal dari Minangkabau, beliau merupakan Panglima Kiri Maharaja Perba Jelai Wan Muhamad bin Wan Deris (1882-1919) anak beliau Mat Akil, Mat Akhir dan Hjh Rahmah. Mat Akil bapa kepada Long merupakan tok empat (ketua kampung) Kampung Barus. Kampung Tenggelan ini sudah tiada lagi pada hari ini kerana penduduk kampung tersebut telah meninggalkan kampung mereka kerana ganguan Komunis pada zaman darurat 1948-1960.

‘Apit limpang’ merupakan panglima kiri, orang yang sehidup semati dengan Tok Raja hanya ganti mata dan telingga baginya. Apabila rantau Jelai berlaku petelingkahan atau ingin berperang dengan orang luar, Tok Raja akan menjemput ‘Apit Limpang’ ke Bukit Betong yang jauh dua hari perjalanan dari kampung Tenggelan melalui sungai Telang untuk menyediakan angkatan perang. Boleh dikatakan persediaan peralatan perang ini menjurus kepada ilmu kebatinan yang tidak dapat dijangkau dengan akal fikiran yang manusia tetapi itulah ilmu perang yang ada, inilah yang dipergunakan orang melayu zaman-berzaman. Jasa ‘Apit Limpang’ yang paling besar kepada Tok Raja apabila beliau berjaya membantu beliau dalam perang Pahang- Selangor 1872 bersama pembesar pahang yang lain. Peristiwa ini diiktiraf oleh Sultan Ahmad. Tan Sri Muhamad Ghazali Shafei Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri 1973-1981 (kini: Tun) juga mempunyai pertalian salasilah dengan orang di Tenggelan.

Untuk pengetahuan, Rantau Hulu Pahang pernah suatu ketika terpisah dari pemerintahan Sultan Pahang Pekan apabila tanah tersebut dibeli oleh Seri Maharaja Perba Jelai yang pertama itu dari Sultan Abdul Ghafur Mohaidein Shah iaitu Sultan Pahang terakhir keturunan Melaka (1567-1614) dengan harga “segengang ulang aling emas satu dasar bali isi emas dan sekuku tangan baju isi emas” Disebab itulah Maharaja Perba Jelai sangat dihormati oleh penduduk hulu Pahang suatu ketika dahulu sehingga terkenal dengan gelar “Raja Bukit Betong ” atau Raja Bukit Di Bukit” kerana sememangnya beliau berasal dari raja di Pagaruyung.

Jika terdapat pembetulan sila komen di ruang komen kerjasama anda sangat dialu-alukan

Rujukan:

Zafuan Haji Manap - Bingkisan Sejarah Raub Rao dan Pagaruyung Pertalian Dengan Raub Dan Pahang.

Zakaria Hitam – Asal usul Nama tempat bersejarah Negeri Pahang.

Dicerita oleh Hj Yackob bin Ishak yang dilahirkan di Tanjung Besar Tenggelan.

dipetik: http://lipis-zaini.blogspot.com/2009/08/kampung-tenggelan-dalam-kenangan.html


4 ulasan:

  1. Sahihkah Maharaja Perba Jelai @ Raja Bukit Betong @ Raja Bukit Di Bukit itu berasal dari Raja di pagaruyung atau andaian liar semata-mata bagi menaikkan nama golongan tertentu ? Ini kerana di dalam buku saudara berkenaan Raub..Rao..pagaruyung , terlalu banyak fakta-fakta kabur dan tidak sahih asal usulnya dan saudara khabarnya tidak pernah menjejakkan kaki ke Rao sehinggalah buku itu siap meskipun saudara menceritakan hal-hal berkenaan YDP Padang Nunang yg dimahkotakan di Padang Nunang !!! Jadi dimanakan nilai kebenaran di hati saudara ?

    Saya melihat cara saudara menulis , lebih kepada mahu mempopularkan segolongan puak atau individu saja dan bukannya mahu membuka sejarah yang sebenar ...

    BalasPadam
  2. anak jati kampung beletik

    Saya pernah mendengar dari mulut ayah saya kampung beletik memang saki baki dari orang kg tengelan. memang terdapat keturunan rao tapi anak nya sekarang dah x pandai cakap Rao kalau tak salah seorang darinya bernama yatim atau dengan pangilan Pak We Yatim. Atuk saya orang pangil kerani kasim. Saya dah lupa kerani apa. tapi pangilan zaman orang putih. Bapak saya memang sebagai orang yang di cari oleh tok raja jikalau tok raja pada masa itu hendak mudik ke beletik/tengelan untuk berburu. pada zaman tok raja(tak ingat tok raja bila)sekitar awal tahun 1900 . Sempat Melihat Pedang Pusaka Atok Yang di tempa mengunakan tangan.

    BalasPadam
  3. saya asal dari kg tenggelan,tok saya lahir dan sempat tinggal disitu.Mnurut cerita orang tua2.mereka lari kehilir disebabkan kalah berperang.Nama perang tu perang rawa(rao).tetapi cerita mereka berperang dengan orang rawa..minta tuan bagi info tmbhan..

    BalasPadam
  4. Salam. Sri Maharaja Perba@Maharaja Perba I yang menjadi ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG - ULU PAHANG berpusat di Jelai di zaman pemerintahan Sultan Abdul Ghafur Muhiyuddin Shah (Sultan Pahang XII, 1592-1614M - keturunan Sultan Melaka) menurut salasilah lama memang dikatakan berasal dari Minangkabau. Begitulah mengikut yang empunya cerita. Wallahualam.

    Status Sri Maharaja Perba@Maharaja Perba I dan pewaris gantinya di zaman tradisional dalam konteks Pahang hanyalah sebagai ORANG BESAR EMPAT PAHANG, tertakluk kepada autoriti Kesultanan Johor-Riau, Kesultanan Pahang, dan kemudiannya Bendahara Pahang.

    Meskipun begitu, ORANG BESAR BEREMPAT PAHANG yang memerintah dan mentadbir ULU PAHANG, TEMERLOH, CHENOR, dan PEKAN di zaman tardisional merupakan "Raja" di wilayah pemerintahan masing-masing.

    Kesahihan asal usul nenek-moyang Sri Maharaja Perba@Maharaja Perba yang ditelusuri sehingga dikaitkan dengan Kerajaan Pagar Ruyung seperti yang didakwa masih memerlukan penelitian lanjut, dan pelbagai rujukan silang.

    Apa yang sudah berlalu merupakan rakaman zaman silam. Kita sebagai generasi baru perlu mengambil iktibar daripada segmen sejarah. Paling tidak, kita mungkin menghargai sebahagian daripada pengalaman sejarah zaman silam yang memungkinkan kita berada di tempat kita sekarang. Wassalam.

    BalasPadam

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao