sekondakhati@gmail.com
Pengenalan
Bahasa atau baso Rao berasal
daripada bahasa Melayu yang dituturkan oleh masyarakat Melayu berketurunan Rao
(dikenali di Malaysia sebagai Rawa) sama
ada di Malaysia mahupun Indonesia (kabupatan Pasaman, Sumatera Barat). Di Malaysia, bahasa ini dikembang dan
dituturkan oleh masyarakat Melayu berketurunan Rao yang mendiami kawasan
tertentu seperti di Perak (Gopeng, Temoh, Tapah, Tanjong Malim, Chemor,
Selama); Pahang (Raub); Kuala Lumpur,
Selangor (Gombak, Beranang, Hulu Langat) dan Negeri Sembilan (Lenggeng,
Mantin). Walaupun ramai orang Rao
mendiami Kelantan (Pasir Mas, Kg. Chetok); Pulau Pinang (Leboh Acheh), Johor
(Kota Tinggi); Terengganu (Kg. Raja, Besut) dan Selatan Kedah (Sg. Petani dan
Padang Serai) tetapi tidak lagi bertutur bahasa Rao sebaliknya fasih berbahasa
loghat kawasan masing-masing.
Di Perak, kampung-kampung yang terletak di sekitar
Gopeng masih totok dengan sebutan Raonya yang dituturkan secara holistik.
Sebilangan besar masyarakat Rao yang mendiami Kg. Jelintoh, Pintu Padang,
Lawan Kuda, Pulai, Sg. Itik, Jahang, Gunung Mesah Hilir, Gunung Mesah Hulu,
Gunung Panjang, Chulek, Kopisan dan lain-lain kekal menggunakan bahasa Rao asli
ketika berkomunikasi di antara mereka bahkan dengan bukan orang Rao sekalipun
bahasa ini tetap diutamakan. Justeru bahasa Rao masih “bertahan” di Gopeng
sebaliknya di tempat-tempat lain, penuturan bahasa Rao agak celaru dan cacar merba kerana telah bercampur aduk
dengan loghat tempatan.
Sebutan Baku Bahasa Rao
Teknik bacaan, nahu dan phonetik
penulisan kata dalam bahasa Rao beragam, beraneka dan berbeza mengikut huruf
bacaan penutur di Malaysia dan Indonesia. Secara umum wujud perbezaan dalam
sebutan huruf rumi antaranya ialah huruf “I” di Malaysia dibunyikan mengikut sebutan
Inggeris iaitu “ai” manakala di Indonesia mengikut sebutan Latin berbunyi “ae”.
Di Indonesia ada yang menulis “rami” untuk perkataan “ramai” tetapi dibaca
sebagai “ramae” atau “ramei”.
Bahasa
Rao memiliki kaedah asas apabila menyebut perkataan tertentu. Walaupun
perkataan tersebut diambil daripada bahasa Melayu tetapi sebutannya berbeza
daripada ejaan asal. Walau bagaimanapun perubahan sebutan ini tidak pula
merubah makna perkataan. Misalnya perkataan atau huruf hujungnya mempunyai “an”
digantikan kepada “en”; “at” > “ek”; “or”
/”ur” > “uor”; “ap” > “op”; “am” > “om”; “a” > “o”; “as” > “eh”;
“ong”/”ung” > “uong” manakala
perkataan selepas abjad awal mempunyai “e” (pepet) diganti kepada “o” dan “ong”
> “uong” dan sebagainya.
Di bawah ini dinyatakan enam
belas kaedah asas bagi membunyikan perkataan-perkataan bahasa Melayu yang telah
menjadi istilah bahasa Rao baku.
- Perkataan di hujungnya mempunyai huruf “an” digantikan kepada “en”
Contoh:
Tangan = tangen
Makan = maken
Jangan = jangen
Jalan = jalen
Tamban = tamben
Jamban = jamben
Sukan = suken
Akan = aken
Lipan = lipen
Durian = durien
2.
Perkataan selepas abjad awal mempunyai huruf “e” (pepet) digantikan
kepada “o”
Contoh:
Kedai = kodai
Dengan = dongen
Dengar = dongar
Cepat = copek
Lepat = lopek
Lelah = lolah
Men = mon
Mendengar = mondongar
Pekan = poken
Tepat = topek
Sesat = sosek
Megah = mogah
Tegah = togah
Tegang = tegang
Cecah = cocah
3.
Perkataan di hujungnya mempunyai huruf
“at” digantikan kepada “ek”
Contoh:
Dapat = dapek
Lambat = lambek
Sesat = sosek
Cepat = copek
Lepat = lopek
Liat = liek
Lipat = lipek
Sikat = sikek
Muat = muek
Kuat = kuek
Sukat = sukek
4.
Perkataan di hujungnya mempunyai huruf “ut” digantikan
kepada “uik”
Contoh:
Bantut = bantuik
Patut = patuik
Belut = boluik
Kentut = kontuik
Selut = soluik
Siput = sipuik
Ciput = cipuik
Lumut = lumuik (bukan
nama tempat)
Lutut = lutuik
Susut = susuik
- Perkataan di hujungnya mempunyai huruf “or” atau “ur” digantikan kepada “uor”
Contoh:
Bubur = bubuor
Bubur anak lebah = bubuor anak
lobah
Cukur = cukuor
Kukur = kukuor
Gelugur = geluguor
Telor = toluor
Ketegur = kotoguor
Celur = coluor
Tegur = toguor
- Perkataan di hujungnya mempunyai huruf “ap” digantikan kepada “op”
Contoh:
Malap = malop
Mantap = mantop
Sedap = sodop
Sentap = sontop
Tetap = totop
- Perkataan di hujungnya mempunyai huruf “am” digantikan kepada “om”
Contoh:
Asam = Asom
Asam Ikan Keli = asom iken
koli
Dalam = dalom
Karam = karom
Keling karam = koling karom
Malam = malom
Salam = salom
Talam = talom
Melaram = molarom
Selam = solom
Semalam = somalom
Kelam = kolom
Legam = logom
Tenggelam = tonggolom
Kusam = kusom
- Perkataan di hujungnya mempunyai huruf “a” digantikan kepada “o”
Contoh:
Ada = ado
Kata = kato
Teka = toko
Cuba = cubo
Cuka = cuko
Luka = luko
Suka = suko
Tuba = tubo
Rupa = rupo
- Perkataan di hujungnya mempunyai huruf “as” digantikan kepada “eh”
Contoh:
Malas = maleh
Cemas = comeh
Gegas = gogeh
Gelas = goleh
Kemas = komeh
Lekas = lokeh
Lemas = lomeh
Lepas = lopeh
Melepas = molopeh
Terlepas = tolopeh
Tegas = togeh
Puas = pueh
Pulas = puleh
Tugas = tugeh
- Perkataan di hujungnya mempunyai huruf “ong” atau “ung” digantikan kepada “uong”
Contoh:
Lambong = lambuong
Kangkong = kangkuong
Sambong = sambuong
Tampung = tampuong
Lombong = lumbuong
Sombong = sombuong
Baung = bauong
Punting = puntuong
Tudung = tuduong
Tuntung = tuntuong
11.
Perkataan selepas abjad awal mempunyai huruf “ong”
digantikan kepada “ung”
Contoh:
Congsam = cungsam
Kongkang = kungkang
Kongsi = kungsi
Longkang = lungkang
Longlai = lunglai
Songsang = sungsang
Tongkang = tungkang
- Perkataan di hujungnya mempunyai huruf “ing” digantikan kepada “ieng”
Contoh:
Cacing = cacieng
Baling = balieng
(logar / pungkang / longieng)
Kucing = kucieng
Kencing = koncieng
Kering = korieng
Jering = jorieng
Keling = kolieng
- Perkataan di hujungnya mempunyai huruf “uk” digantikan kepada “uok”
Contoh:
Batuk = batuok
Masuk = masuok
Busuk = busuok
Cucuk = cucuok
Lauk = lauok
Cauk = cauok
Sampuk = sampuok
Lempuk = lompuok
Kantuk = kantuok
- Perkataan di hujungnya mempunyai huruf “ik” digantikan kepada “iek”
Contoh:
Itik = itiek
Titik = titiek
Balik = baliek
Cantik = cantiek
Cebik = cobiek
Lantik = lantiek
- Perkataan di tengahnya mempunyai huruf “ha” mesti dibuang bunyi “ha” itu
Contoh:
Bahasa = baso
Bahaya = bayo
Cahaya = cayo
Sahaja = sajo
- Perkataan di hujungnya mempunyai huruf “t” digantikan kepada “k”
Contoh:
Bukit = bukik
Jahat = jahek
Sakit = sakek
Sihat = sihek
Sebut = sobuik
Frasa
tipikal dan Kata Seruan dalam Bahasa Rao
Bahasa Rao memiliki frasa
tipikal dan kata seruan (exclamation) tersendiri yang
diucapkan mengikut situasi semasa. Frasa ini menjadi sinonim dan menggambarkan
bahawa si penuturnya adalah Rao totok.
Frasa Tipikal
Indo ko podah
= aku tidak mahu
Iyo lah paei
= "ye
laa"= "betul kata kau tu"
( tanda setuju atau mengiyakan kenyataan penutur).
Itu tih lek, itu tih
= “.haaa tu la
pasal.." / “.tu la sebabnya..."
Kata Seruan (exclamation)
Ndeik / ndek
/ ndaaik /ntaik / undaik / ondaik / deik
Kata seruan paling
terkenal yang merujuk kepada kekaguman terhadap sesuatu perkara, juga sering
dilatahkan apabila terkejut. Variasi
sebutan bergantung kepada tingkat kekaguman terhadap sesuatu perkara. Kadang
kala disebut lembut, tidak kurang pula dihemburkan cepat dan lantang. Misalnya;
Ondaik, godang nyonyo!
= Amboi besarnya!
Penggunaan “kan”
Dalam
penuturan Bahasa Rao amalan penggunaan
"kan" adalah luas, misalnya:
Poi kolien borolek anak buyuong ari Sottu ke-datang
ko?
= Kalian pergi
kenduri anak buyong hari Sabtu kan datang ni?
Ke-dapek tang inyo moncari-i?
=
Kan dapatkah dia mencarinye?
Penggunaan “kuak” atau “ guak”
Penutur bahasa Rao acapkali
menyulam bicara dengan perkataan “kuak” atau “guak” (ada yang menyebut “kuak”
atau “guak”) bergantung kepada keadaan. Kadang kala tempo pertuturan itu pantas, kuak menjadi guak
tetapi tiada beza ertinya. Perkataan ini sama erti atau setara dengan perkataan
"agaknya”, “mungkin” atau “barangkali"
misalnya ayat:
Dori mano tang kuak?
= Dari mana lah
agaknya?
Indonyo mongotoih kuak
= Dia tak
perasan agaknya,
= Barangkali dia
tak perasan.
Kuak la dapek dicokou-u
= Mungkin telah
dapat ditangkapnya
Penggunaan “ tang” dan
“ sang”
Salah satu bunga bahasa terdapat dalam bahasa Rao ialah penggunaan kata
sendi “tang” dan “sang”. Penggunaannya
bergantung kepada gubahan dan tujuan ayat. Misalnya:
Iko tang nyoh.
= Ini lah dia.
Bak mano tang?
= Bagaimana ni?
= Macam mana ni?
Dapeq tang
tu nyoh
= Mesti dapat
lah tu
Kodukuik tang!
= Kedekutnya!
Mano satu tang?
= Mana satu nya?
Jangan berandei sang, bueq
la korojo tu
= Jangan bercakap sahaja, buatlah kerja tu.
Moncolo sang kilen ko, ci dikakok sikit
= Menenguk sahaja pulak, cuba
tolong sikit.
Iko sang
=
Ini saja
Pencemaran sebutan
Pencemaran sebutan bahasa Rao sering
terjadi tanpa disedari si penutur akan kesilapannya. Umpama sebutan “ajo” dan “kek” yang membentuk
ayat seperti “kek siko” adalah salah berdasarkan tata bahasa Rao. Penuturan
berlaku disebabkan pengaruh bahasa Melayu Johor-Riau yang merujuk “kat sini”. Dalam
bahasa Rao jika merujuk “kat sini” si penutur harus berkata begini:
Di siko atau di siteh atau di sinun
Penggunaan perkataan “ajo” (yang diRaokan) bagi merujuk “sahaja” atau
“saja” atau “aja” adalah silap kerana tata bahasa Rao menggunakan perkataan
“sameng” atau “sang” atau “amiang” atau “same”
seperti contoh ayat berikut:
Iko sang
= Ini
saja
Atau
Lai
lai aming
= ada
ada saja
Sebutan Pantun Rao
Bak nongko tang;
kodokak ketari dalom dulang
mano lombu pokak ko cari indo pulang
kukuro manjeq botiek
lah tuo tambah jontiek
Penutup
Marilah kita belajar
bahasa Rao – bahasa peninggalan ninik moyang. Bahasa menunjukkan keturunan.
Keturunan pula menunjukkan bangsa. Bahasa Rao memiliki sistem tuturan
tersendiri dan mudah dipelajari sehinggakan kolieng pun petah berandei Rao.
_________
Dikemaskini dan
diputuskan dalam mesyuarat J/Kuasa Perkamusan Rao
pada 15 Jun 2014 di MAKPEN,
Sentul, Kuala Lumpur
Emel: sekondakhati@gmail.com