Tidak semena-mena saya dijemput melalui telefon dan pesanan ringkas supaya hadir ke Kg. Rawa Tengah, Lenggeng, Negeri Sembilan kerana ada perjumpaan mesra JARO dengan urang Rao di sana. Nasib menyebelahi saya kerana pada 14 Julai 2012 itu saya berada di Kuala Pilah, justeru saya sempat juga tiba di Kg Rawa Tengah jam 9.30 pagi.
Perjumpaan pagi ini adalah sesi perbincangan JARO dengan penduduk setempat bagi mengadakan Majlis Mesra Aidilfitri pada bulan September nanti. Semoga kegiatan yang menjadi wadah urang Rao seluruh negara berkumpul, menjamu selera serta menjalin ukhwah dapat dilaksanakan dengan jayanyanya. InsyaAllah.
Wacana Pemikiran Politik Dr Burhanuddin Al-Helmi
-
Para peminat pemikiran politik, politikus dan penulis adalah dijemput hadir
tanpa undangan protokal dan terbuka. Wacana ini akan mengupas beberapa
buah...
9 tahun yang lalu