Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) akan mengadakan mesyuarat agung kali keempat pada 31 Mac 2012 bertempat di Dewan Kuliah 1&2 Institut Latihan Makpen, Pejabat Majlis Kebajikan Negara, No. 17 Jalan 1/48A, Bandar Baru Sentul, Kuala Lumpur.
Penolong Setiausaha JARO, Ahmad Syakir Sharum memaklumkan bahawa mesyuarat ini akan dijalankan mulai jam 9.00 pagi dan akan membincangkan beberapa perkara penting. Beliau berharap semua ahli dapat hadir dan mereka akan dikirimkan notis mesyuarat dalam waktu terdekat.