Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Sabtu, 28 Mei 2011

Kisah benar dalam Siri Bercakap dengan Jin


Kalau sdr baca Siri Bercakap dengan Jin ke-20 ada tertulis bahawa Datuk dan Tamar Jalis bertandang dari Beruas Perak ke Ulu Cheka, Jerantut Pahang kerana berguru dengan Pawang Nong, seorang Pawang Raja berketurunan Rao. Nama sebenar pawang ini ialah Hj Nong Talib bin Santan lahir pada 1874 dan membuka Kg Ulu Cheka bersama tujuh orang kawannya pada tahun 1907. Banyak memiliki ilmu agama, persilatan dan kebatinan.
Ini kisah benar - sila akses biografi Pawang Nong dlm http://tokohrao.blogspot.com/ - SBDJ sebenarnya kisah hidup seorang dukun yang memiliki banyak kepandaian sesuai dengan kehidupan bangsa Melayu zaman bahari
"Datuk" dalam SBDJ ialah Mat Diah. Adakah Mat Diah berketurunan Rao? Menurut sejarah lisan moyang Mat Diah berasal dari Sumatera Barat. Kunjungannya ke Ulu Cheka, Pahang berguru dengan Hj Nong Talib barangkali bertemu keluarga 1Rao...?

Isnin, 9 Mei 2011

Buletin Khas JARO-Rao Berandai



JARO akan menerbitkan keluaran kedua buletin khas; Rao Berandai tidak lama lagi. Buletin ini akan memuatkan foto serta artikel / berita mengenai masyarakat Melayu Rao tanpa batas sama ada di Malaysia atau Indonesia.

Sehubungan itu, saudara/i dipelawa menghantar bahan-bahan/ karya tentang orang Rao untuk diterbitkan dalam Rao Berandai seandainya diluluskan oleh pihak Sidang Pengarang. Karya / tulisan bolehlah dikirimkan ke e-mel; sekondakhati@gmail.com selewatnya 30 Jun 2011. - Untuk mendapatkan keterangan lanjut bolehlah merujuk terus ke Ketua Pengarang Rao Berandai, Hj Zabidin Hj Ismail di talian 012-5070513

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao