Abstrak
Etnik Rao (Rawa) merupakan salah satu suku Melayu yang telah banyak
menyumbangkan jasa dan kepakaran mereka kepada tamadun negara. Etnik ini mula berhijrah dari Sumatera Barat,
Indonesia ke negara ini semenjak kurun ke-5 Masihi kerana merantau dan
berdagang. Tetapi apabila berlaku Perang Paderi 1816-1833 di Rao, ramai
penduduknya melarikan diri ke Tanah Melayu kerana tidak tahan menghadapi
keperitan hidup di bawah pemerintahan penjajah Belanda. Apatah lagi Raojatuh ke
tangan Belanda, pejuang dan pendekar perangnya diburu dan diseksa menyebabkan mereka
meninggalkan tanah Rao mencari tempat perlindungantermasuk ke Tanah Melayu. Di
Malaysia, diaspora Rao terdapat di beberapa tempat tertentu seperti di Perak,
Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Johor.Justeru penulisan buku Biografi Tokoh Rao: Sumbangan dan Jasa Terhadap Pembangunan Malaysia
merakamkan biografi ringkas yang meliputi ketokohan, sumbangan serta peranan
yang dimainkan oleh 33 personaliti etnik ini dalam mengangkat tamadun sebuah
negara bangsa. Hakikatnya, buku ini adalah sebuah dokumentasi penting kepada
pengkaji yang ingin mengenali lebih dekat terhadap peranan dan sumbangan etnik
Rao di Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan