Sabtu, 4 Julai 2009

Berjalan-jalan di ranah Rao







Pada 25 Mei 2009, berdiri di atas sebuah bukit sambil merenung di kejauhan ke Lembah Rao terpesona kita seketika. Melihat Sungai Asyik mengalir lesu menerjah liku-liku tebing menuju ke hilir. Kelihatan jua sawah padi dan bencah yang semakin kering kerana kini musim kemarau di Rao. Di sisi lembah ini berdiri tulang belakang pulau Sumatera, Banjaran Barisan. Kata sejarah di lembah ini pernah didatangi kaum India dari benua India berketurunan Rao mencari emas. Peristiwa ini berlaku sekitar 800 masehi empat ratus tahun sebelum kedatangan Islam ke Perlak dan Pasai.

Apakah bumi ini mendapat nama sempena keturunan India tersebut. Ontahlah!








Tiada ulasan:

Catat Ulasan