

| Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad BoestamamAuthor : Zabidin Haji IsmailISBN : 978-983-100-439-5 Year Publish : 2010 Page Number : 160 Category : General | ||
Content Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel. Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik. |
huhu~ anda ne org mana eh??? bako?? minang ke?
BalasPadamBukan Minang, Rao (Rawa) lah
BalasPadamSalam singgah.
BalasPadamerm... nape bahasa cam bahasa minang eh??
BalasPadambahasa rao tu eg. jalan = jalen / makan = maken
BalasPadamRazakRao
BalasPadamAssalamualaikum
Semoga dapat bertemu warisan yang dicari . Sutan Sekondak Hati asal kampung mana di Rao ? Di Rao apa nama / gelarannya ?
Wassalam
Waalaikum salam,
BalasPadamsdr RazakRao,
Sutan Sekondak Hati dipercayai bukan nama sebenarnya. Tetapi arwah keterunan Pak Bokar ( salahsilah yang tertera itu dicatatkan oleh sdr maranya ketika Dr Dzulkhaini Hj Hussein berkunjung ke sana pada nov 2008). Sebenar tiada maklumat langsung mengenai. Harapan kita melalui blog ini ada sesiapa yang mengetahui bolehlah tampil membantu. InsyaAllah.
Wassalam
RazakRao
BalasPadamPencarian ini akan menjadi lebih mudah kalau sekurang-kurangnya tahu asal kampung . Ramai pencari salasilah Rao masa ini berpandukan kepada kampung asal kerana amalan menukar nama / identiti pada ketika itu .
Wassalam .
Assalamualaikum
BalasPadamSaya koreksi nama Ninik saya yang tertulis "Gustami", sebenarnya bernama "Bustami" dengan tiga orang keturunan yang bernama "Tina (Hj. Gustina Emmy), Inong (Hj. Ashma Farida), Ida (Hj. Ida Fathma)".
dan informasi selanjutnya pada tanggal 28 Desember 2010, Ninik Rasyad Bin Adil, tutup usia 78 thn di Medan.
Mohon bila menghubungi saya di efrizal@yahoo.com
Wassalam
Efrizal Adil