Arisel Ba atau nama sebenarnya Subari bin Ahmad dilahir pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah dari Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Kelulusan tertinggi beliau adalah dalam bidang Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) 2003. Mula menulis secara serius tahun 1976 dimana puisi pertamanya Gua Bama tersiar di majalah Dewan Sastera, April 1977. Selain puisi, Arisel menulis cerpen, novelet, drama pentas, berita dan rencana. Karya Arisel telah terbit di akhbar, majalah dan antologi puisi/cerpen bersama. Telah terbit novelet pertamanya DENDAM MALAM GERHANA (1982). Antologi Sajak AKSARA ‘XXX’ terbit tahun 2004 adalah buku puisi pertama beliau setelah menulis sajak lebih 30 tahun. Kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan setelah berkhidmat selama 35 tahun.
Wacana Pemikiran Politik Dr Burhanuddin Al-Helmi
-
Para peminat pemikiran politik, politikus dan penulis adalah dijemput hadir
tanpa undangan protokal dan terbuka. Wacana ini akan mengupas beberapa
buah...
9 tahun yang lalu
RazakRao
BalasPadamSaudara Subari Ahmad diberitakan ada menghubungi salasilah Rao di medan , Indonesia @ En. Abd. Rahim Qahhar . Apakah perkembangan dari jalinan ini ? Saya berminat membangkitkan hal ini kerana beliau adalah duapupu ayahanda saya dan kali terakhir kami bertemu adalah pada tahun 1989 .
Saya masih belum dihubungi oleh Sdra Rahim. Nantilah, jika saya ke Medan, saya akan cari Rahim untuk bersama-sama ke Rao.Perancangannya mungkin lepas Ramadan tahun ini kot.
BalasPadam