Isnin, 12 November 2012

SEMINAR MEMPERKASAKAN SEMULA TOKOH-TOKOH RAO DARI RAUB, PAHANG

Pusat Pengajian Siswazah, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan ldris,Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Pahang , Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah , Biro Pendidikan dan Sejarah Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO) dan SMK Kg.Gali, Raub, Pahang akan menganjurkan Seminar Memperkasakan Semula Tokoh-tokoh Rao Dari Raub, Pahang pada jam 8 pagi hingga 2 petang, 25 November 2012 di Dewan Besar Sekolah Menengah Kebangsaan Kg.Gali, Raub,Pahang.

Seminar ini juga diadakan di bawah Siri Syarahan Pak Sako anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Tengah yang mulai ditubuhkan pada 15 Ogos 2011. Sebanyak sebelas kertas kerja akan dibentangkan oleh para pengkaji dan sarjana berketurunan Rao dan bukan Rao.
 Kertas kerja yang dibentangkan termasuklah “Keadaan Sosioekonomi, Pendidikan dan Agama Kaum Rao di Daerah Raub, Pahang Darul Makmur”(Nisbar Bin Mohamad Nasib,JARO), “Biografi Tun Ghazali Shafie dan Sumbangannya Kepada Negara Malaysia”(Prof.Madya Dr.Talib Samat,UPSI),

“Penghijrahan dan Hubungan Orang Rao Perak ke Pahang”(Zabidin Hj lsmail,JARO), “Hubungan Sosio- Budaya Orang Rawa Pahang dan Negeri Sembilan”(Prof.Madya Datuk Paduka Dr.Mohd.Rosli Saludin,UPSI), “Kupasan Buku Sejarah Kedatangan dan Biografi Tokoh-tokoh Rawa Yang Terkenal di Malaysia Karya Talib Samat”(Mohd.Nazri Zainuddin, UPSI), “Kupasan Buku Biografi Tokoh Rao: Sumbangan dan Jasa Terhadap Pembangunan Malaysia Karya Zabidin Hj lsmail”(Dr.Haji Abdul Ghani Abu,UPSI), “Kupasan dan Ulasan Buku Bingkisan Sejarah Raub: Rao dan Pagarruyung :Pertaliannya Dengan Raub dan Pahang Karya Zaffuan Haji Manap” (Mohd.Fazil bin Ajak,UPSI), “Lagu-lagu Dikir Pahlawan Mat Kilau”(Datuk Aripin Said), “Raja Ahmad Anak Datuk Bendahara Putih: Nenek Moyang Keturunan Rao Persemendaan di Raub Abad ke-17”(Subari Ahmad Jaafar Ar-Rawi ), “Kesenian dan Masakan Orang Rao” (Subari Ahmad Jaafar ar-Rawi) dan “Pelbagai Kisah Kepahlawanan Mat Kilau”(Prof.Madya Dr.Azhar Wahid, UPSI).

Sempena seminar ini juga diadakan pelancaran buku Biografi Tokoh Rao karya Zabidin Hj lsmail dan Sejarah Kedatangan dan Biografi Tokoh-tokoh Rawa Yang Terkenal di Malaysia karya Talib Samat. persembahan Tarian Berjojak oleh kumpulan kebudayaan pilihan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak, persembahan lagu tema Rao iaitu “Sekondak Hati”.


Acara istimewa selepas seminar ialah lawatan ke lombong emas Raub Australian Mining Gold di Bukit Koyan,Raub, Pahang. Majlis ini dijangka dirasmikan oleh Exco Kebudayaan dan Kesenian Negeri Pahang Darul Makmur. Majlis ilmu ini terbuka kepada umum. Keterangan lanjut bolehlah menghubungi urusetia seminar Prof.Madya Dr.Talib Samat(UPSI) di talian 012-2269740 atau Zabidin Hj lsmail (JARO) di talian 012-5070513.

5 ulasan: