Jumaat, 17 Jun 2011

Pameran Siri Bercakap dengan Jin



Pameran Siri Bercakap dengan Jin (SBDJ) sedang berlangsung di ruang legar Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak, Jln Raja DiHilir, Ipoh selama sebulan berakhir 16 Julai 2011. Pameran ini mengandungi pelbagai maklumat serta koleksi buku SBDJ. Tidak ketinggalan memaparkan biodata Tamar Jalis, penulis misteri yang masih dicari-cari oleh sebilangan besar peminat beliau.

Di samping itu pada 20 Jun 2011 jam 8.30 pg akan berlangsung Wacana SBDJ yang membicarakan 10 aspek yang terkandung dalam SBDJ. Antaranya berkaitan alam bunian dan jin, alam Nusantara, serta kisah benar. Sebagai contoh dalam siri 20 ada menceritakan Pawang Nong- pawang diRaja Pahang seorang tokoh Rao yang menerima protagonis SBDJ; 'Datuk" dan Tamar Jalis untuk berguru dengan pawang tersebut.

Wacana ini terbuka kepada semua dan dijemput hadir beramai-ramai.

Jumaat, 10 Jun 2011

Wacana Siri Bercakap dengan Jin


Dengan hormat dijemput sdr/sdri hadir ke program ini. Sijil, sarapan, merarau dan kudapan disediakan. SBDJ adalah khazanah sastera Perak yang dimartabatkan sebagai karya Malaysia yang telah mencatat rekod dunia paling lama bersiaran secara bersiri di majalah Variasari selama 23 tahun 6 bulan dengan 284 siri.