Sabtu, 27 Mac 2010

Berjalan-jalan di Pesta Buku



Pada 25 Mac 2010 saya (foto) ke Pesta Buku Antarabangsa di PWTC saya beli buku sendiri dengan mendapat potongan 30% drp harga asal RM35. Penerbit Universiti Malaya sebelum ini telah mengirimkan 10 naskah penulis tetapi tidak mencukupi kerana digunakan untuk cenderamata dan hadiah. Sejarah juga iye, dalam masa tidak sampai dua minggu, buku ini telah dua kali dilancarkan; pertama di Majlis Malam Gema Puisi UPSI pada 6 Mac 2010 oleh EXCO Krj Negeri Perak, YB Zainol Fadzi Pakaruddin mewakili MB Perak dan yang kedua pada 20 Mac 2010 di Majlis Baca Puisi Kaedah Mokhdar di Country Homes Rawang oleh sdr Mokhtar Hj Mansor (Pengasas Karyawan Pk dan Pencipta Kaedah Mokhdar) sempena program Pertemuan Karyawan Perak anjuran Karyawan Pk dan DBP Wilayah Utara. Seharusnya buku ini "meletup" di pasaran!

Rabu, 3 Mac 2010

Perarakan Maulidur Rasul Di Gopeng, Perak


Orang Rao tempatan dijemput menyertai Perarakan Maulidur Rasul di bawah sepanduk "Persatuan Jalinan Rao Malaysia- JARO" (Kelumpuk Gopeng). Ketua Biro Keahlian JARO , Hj Harith Zainal Abidin (foto) berkata, perarakan bermula dari Padang Bandaran Gopeng menuju ke Masjid Jame' Baru Gopeng sepejalan kira-kira 600 meter. Perarakan bermula 7.30 pagi pada Sabtu, 6 Mac 2010. Semua peserta hendaklah berpakaian Program sopan, kemas dan bersesuaian.

Di samping itu, Sempena Majlis sambutan Maulidur Rasul 1431H anjuran J/Kuasa Kariah Masjid Jamek Baru Gopeng, satu pertandingan Azan (kategori umur 7-12 tahun) turut diadakan pada sebelah pagi. Manakala Ceramah Perdana mengenai Maulidur Rasul akan disampaikan oleh Tan Sri Hj Harussani Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak selepas solat Mahgrib. Program ini bertemakan "Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah".