Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Rabu, 29 April 2009

Sabtu, 25 April 2009

Senduduk tak berbunga lagi



Ini pantun mengenai pokok renek bernama senduduk. Pokok ini tumbuh meliar di merata hutan kecil katulistiwa. Lazimnya pada zaman dahulu, pokok senduduk cukup rasi tumbuh di pinggir kampung tradisional Melayu. Lantaran itulah intelektual Melayu kuno tergerak mencipta pantun empat kerat dengan menggunakan kuasa khayal dan hakikat bagi menggambarkan nasib si pokok senduduk yang tumbuh meliar di depan mata.

Jika anda melewati kampung tradisional Melayu di negara kita, acap kali kita terjumpa pokok senduduk tumbuh bersaingan di sekitar pokok langsat. Perhatikanlah jikalau pokok langsat tidak berbuah, senduduk bagai nak gila berbunga. Tetapi apabila pokok langsat menggila berbuah lebat, seduduk pula malu-malu alah hendak berbunga, kenapa?

Inilah resam alam ciptaan Allah s.w.t dan daripada keadaan itu terbitlah satu teori geografi bahawa di mana ada pokok langsat, di situ ada pokok senduduk. Teori ini juga boleh dikaitkan dengan etnik Rao dan Mandiling iaitu di mana ada Rao di situ ada Mandiling. Apakah etnik Rao dan Mandiling diibaratkan senasib dengan langsat dan senduduk? Renungkanlah semau-maunya, kemudian hayatilah pantun ini;

Buah langsat kuning mencelah,
Senduduk tidak berbunga lagi;

Sudah dapat gading bertuah,

Tanduk tidak berguna lagi.


Sayu benar mengenangkan nasib senduduk. Langsat jua dipandang orang! Kenapa begitu senduduk? Apakah bungamu tidak kekal di tampuk mewangi dan gugur ke bumi.

Apabila pokok langsat berbuah lebat, orang tak pandang langsung senduduk lantas senduduk pun berendam rasa langsung merajuk tidak mahu berbunga. Tapi, sebagaimana langsat, senduduk pun ada buah juga. Buah senduduk bersaiz rimbang dan berwarna unggu. Rasanya tidak selazat langsat cuma manis-manis kelat. Jilatlah buah senduduk itu, pasti lidah anda bertukar warna!

Jumaat, 24 April 2009

Cerita dari anak Rao


Maka berceritolah PARKIA SPECIOSA tentang kampuungnyo;

duduk kat kampung jalan paku...memang ada kelebihannya..aku mula mengenal saudara saudara yang satu keturunan dengan aku...boleh dikatakan kat sinilah asal usul aku bermula...

semuanya kira RAWA UNITED lah kat jalan paku ni...rumah kat kiri kanan depan belakang semuanya bersaudara dan ada kaitan satu sama lain...kalau aku sesat kat mana mana di kampung ni tak payah risau diorang kenal aku anak cucu siapa...camtuler persaudaraan orang rawa...dari anak sampai cucu diorang kenal...
kat rumah sewa atuk aku tu depan nya jirat cina...kat belakang pulak kebun durian...perghh...durian tak hengat ler...kalau rumah ni disewakan kat orang bertuah ler penyewa tu...so,tinggal le kengkawan kat kampung chegar...aku mencari kawan baru kat sini...masa tu pun aku mengaji rumah opah sebelah mak aku kat kampung ni...kenal ngan kawan baru macam Min cucu opah jama,Yati dan Tinit anak pakcik Suman...Along Fazli

dipetik daripada http://rayyan38.blogspot.com/


Ahad, 19 April 2009

Terima kasih Lillies [Puteri Rao]


Award drp Lillies adalah yang pertama diterima oleh Sekondakhati. Award ini sebagai azimat untuk meneruskan perjuangan yang masih terbengkalai. Terima kasih Lillies.

Ahad, 12 April 2009

Pelayaren Rao


Teh, semboyan udah begomo
Lokeh masauk ke dalom bahtoro
Belaya bahtoro indo bekelasi
Bahtoro iko bahtoro DIRI

Ditarik tang sauh keADAen
Dilebalah laya kePAPAen
Berlabuh toruih ko nogori amen
Nogeri MUTLAK indo tang besempaden
Paling ke lah MAKNAWIYAH dari pandangen
Dicolo NAFSIAH nun di dopen

Copek, lokeh tang berkayuoh
Ponek, susah, mongah apo la’i dikoluoh
Pelayaren malam indo bepenyuluoh
Tuju terobuih alam AR-RUOH

Keh sampai tang soru ketiko
Di dongak kepalo dicolek keh mato
Cotoih keh minda baco papen tando
“Sampai Wa’ang Ke Negori TIADO”


-dan dendang selingan berirama-
“You can check out anytime you like, but you can never leave”
(Hotel California : EAGLE)



Aku pulang pada kalian (yang terbanyak)

Ahad, 5 April 2009

Apa khabar anak Rao New Zealand?

Kamarul Rahim bin Kamarudin, Aisyah binti Mohamed Rehan dan Kamarul Azizi bin Kamarul Rahim (foto: http://physique481.googlepages.com/home)

Salam daripada Sekondakhati.blogspot.com. dengan ucapan Selamat sejahtera sekeluarga di perantauan dan semoga maju jaya dalam kerjaya.

Kisah dolu-dolu

Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

Author : Zabidin Haji Ismail
ISBN : 978-983-100-439-5
Year Publish : 2010
Page Number : 160
Category : General


Price: 30.00

add to cart

Content

Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

Buku Sekondakhati

Buku Sekondakhati
Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

Rao Di Sana-Sini

Rao Di Sana-Sini
Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

Antologi Puisi Rao Nusantara

Antologi Puisi Rao Nusantara
Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

Boleh juga bayar di sini

Rakan Sekondakhati

Lensa Rao