Kenalilah Nasab

" Kenalilah nasab keturunan kamu yang membawa kepada silaturrahim ( kasih sayang ) " - Riwayat Al Imam Tarmizi ( Ibnu Kathir, vol. 4 ms.218 ).

Followers

Selasa, 30 Disember 2008

Legenda Malin Kundang


Alkisah, hiduplah seorang perempuan miskin di sebuah kampung nelayan di Pantai Air Manis. Perempuan miskin setengah baya tersebut mempunyai seorang anak lelaki tunggal bernama Malin kundang. Malin Kundang sejak kecil telah ditinggal mati oleh bapaknya. Jadilah Malin Kundang anak yatim, yang sehari-harian dirawat dan dibesarkan ibu dengan mencari kayu api atau menangkap ikan di tepi pantai.
Dengan penuh kasih sayang Malin Kundang dibesarkan ibunya hingga beranjak remaja. Pada suatu hari ditengah deruan ombak pantai Air Manis, Malin Kundang mengutarakan maksud hatinya kepada ibunya. Malin Kundang bermaksud pergi merantau ke negeri seberang guna merubah nasib hidup dan masa depannya. Sang ibu tak kuasa menahannya dan melepas anak yang dicintai dengan cucuran air mata. Tinggallah ibunya seorang diri dan berdoa semoga Malin Kundang berhasil di rantau orang.

Bulan berganti, tahun berlalu, terdengarlah berita dari nakhoda yang sering berlabuh di pantai Air Manis. Sungguh tak dapat dibayangkan ternyata Malin Kundang telah menjadi kaya dan mempunyai isteri yang cantik di rantau sana. Alangkah bahagianya ibu Malin Kundang mendengar kabar baik tersebut. Tiap malam sang ibu berdoa semoga Malin Kundang segera kembali. Sungguh sang ibu sangat merindukannya.

Pada suatu hari merapatlah sebuah kapal besar membawa Malin Kundang di pantai Air Manis. Hati sang ibu sungguh bahagia, kerana doanya dikabulkan Tuhan untuk dapat kembali bertemu dengan anaknya yang telah berpuluh tahun pergi jauh dari pangkuannya. Malin Kundang tampak gagah turun dari kapal bersama isteri cantiknya.

"Malin, Malin, ini ibu nak", tegur ibu sambil berlinangan air mata kerana bahagianya.

Akan tetapi Malin Kundang ternyata telah berubah dan sombong, ia tidak mengakui wanita yang datang dengan baju yang compang-camping itu sebagai ibunya....bersambung!

Isnin, 29 Disember 2008

Kain Batik Rao?


Sesiapa yang boleh pastikan adakah ini "kain batik Rawa" seperti diceritakan oleh http://majidah.blogspot.com/. Mohon kerjasama anda ye....

Selama, Perak dibuka oleh Orang Rao


Kampung Selama atau dahulunya dipanggil Kampung Selamat dibuka oleh Encik Abdul Karim bin Raja Aman Shah pada 22.1.1870 Masihi bersamaan 14hb Muharram 1290 Hijrah. Abdul Karim berasal dari Rao Sumatera. Sebelum ini Abdul Karim bekerja sebagai budak pejabat di bawah Orang Kaya Menteri Larut, Long Jaafar. Kemudian beliau dinaikkan pangkat menjadi kerani. Pada tahun 1858, Ngah Ibrahim menggantikan ayahnya sebagai Orang Kaya Menteri Larut. Encik Abdul Karim yang terus bekerja dengan Ngah Ibrahim kemudiannya meminta restu untuk membuka sebuah kampung di Utara Larut. Permohonannya itu diperkenan oleh Ngah Ibrahim.Sebelum kedatangan Encik Abdul Karim di daerah ini sudah pun wujud sebuah kampung berhampiran sungai lebih kurang 10 km dari Pekan Selama yang dikenali sebagai Kg. Sg. Bayor. Kampung ini didiami oleh orang - orang Melayu keturunan Pattani.

Rombongan Encik Abdul Karim menaiki sampan memudiki Sungai Kerian dan singgah di sebuah tempat bernama Tanjong Medan (kini dikenali Kg. Medan). Kemudian mereka berpindah pula ke Kampung Selamat yang terletak antara Jalan Sir Chulan dan Kg. Gudang, kemudian kampung itu ditukar nama kepada Kampung Selama. Setelah bijih timah dijumpai (di belakang Pejabat Daerah Selama sekarang), maka Encik Abdul Karim menjemput orang keturunan Rawa dari Sumatera dan Orang Cina datang ke Selama untuk memajukan perusahaan bijih timah di Selama.

Encik Abdul Karim pernah menubuhkan pasukan pengawal untuk melindungi keselamatan pekerja dan perusahaan bijih timahnya. Bijih diambil secara mendulang dan cara pam kelikir. Bijih dijadikan jongkong dan dipasarkan ke Nibong Tebal menggunakan sampan. Setelah hasil bijih timah merosot, maka Encik Abdul Karim menyerah Kg. Selama kepada pihak Inggeris pada tahun 1888. Di bawah pihak Inggeris dibangunkan dan dimajukan seterusnya.

Encik Abdul Karim juga pernah dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (State Council) di bawah pemerintahan Raja Yusuf. Encik Abdul Karim meninggal dunia pada tahun 1890 dan dikebumikan di perkuburan berhampiran Masjid Lama Selama.

Sejarah Penubuhan Majlis Daerah Selama

  • Ianya dikenalpasti beropersi semenjak awal 1950-an lagi.
  • Pada tahun 1948, berlakunya darurat, maka wujud kawasan-kawasan perkampungan Melayu dan Cina dikawasan Redang Panjang, Bagan Baru, Sungai Terap, Kubu Gajah dan Rantau Panjang.
  • Perkampungan Baru dinamakan untuk perkampungan Melayu dan Local Council untuk perkampungan Cina.

  • Pada tahun 1952, Majlis Daerah Selama lebih dikenali sebagai Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dibawah Local Authorities Election Ordinance.
  • Pada tahun 1953, Lembaga Bandaran Selama (Town Board) dikenali sebagai Majlis Tempatan yang meliputi semua kawasan (Kampung Baru dan Local Council) dibawah Local Council Ordinance.
  • Majlis Tempatan dipengerusikan oleh Pegawai Daerah dan Ahli Jawatankuasanya adalah dari kalangan penduduk-penduduk tempatan yang dipilih melalui pilihanraya Kerajaan Tempatan.
  • Semasa ini ianya bernaung secara langsung dibawah Kerajaan Negeri.
  • Pada 28hb. Oktober, 1964, Suruhanjaya Diraja dibawah Athi Nahappan telah ditubuhkan untuk menyiasat perjalanan Penguasa-penguasa Tempatan di Malaysia Barat.
  • Salah satu cadangan yang telah dibuat iaitu mencantumkan antara Penguasa Tempatan dengan beberapa Penguasa Tempatan yang lain untuk menjadikan satu identiti.
  • Pada tahun 1965, berlaku kucar-kacir dalam pentadbiran Majlis-Majlis Tempatan dan juga pembatalan pilihanraya Kerajaan Tempatan.
  • Berikutan dari pembatalan pilihanraya itu, Kerajaan Tempatan dan Ahli-Ahli Jawatankuasa dilantik oleh Kerajaan Negeri dan Pengerusinya dilantik oleh Ahli-Ahli Jawatankuasa dengan persetujuan oleh Kerajaan Negeri.
  • Pada akhir 1960-an, Lembaga Bandaran Selama dan semua Majlis-Majlis Tempatan dalam Daerah Selama dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan bagi Selama dan cawangan.
  • Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan pada dasarnya sebuah badan yang berotonomi kewangan dan dibantu oleh Kerajaan Negeri melalui Geran Pelancaran dan Geran Tahunan.
  • Kebanyakan kakitangan di dalam LPKT( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan), dipinjam dari Kerajaan Negeri khusus dalam hal pentadbiran dan dibantu oleh ARO (Pegawai Urusan Cina) untuk kebajikan orang Cina dan AMIR (Pegawai Urusan Orang Melayu) untuk kebajikan orang Melayu.
  • Ekoran siasatan oleh Athi Nahappan, satu dasar penyusunan semula Penguasa-Penguasa Tempatan telah diambil.
  • Pada 1hb. Disember, 1979, Majlis Daerah Selama telah ditubuhkan dengan pencantuman Penguasa-Penguasa Tempatan seperti :
    i) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Selama.
    ii) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Sungai Terap.
    iii) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Sungai Bayor.
    iv) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Bagan Baru.
    v) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Redang Panjang.
    vi) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Kampung Masjid.
    vii) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Rantau Panjang.
    viii) L.P.K.T ( Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan) Kubu Gajah.
  • Tarikh 24hb. April, 1980 Majlis Daerah Selama telah diwartakan melalui Warta Kerajaan Negeri Perak P.U.P.K 14 dan keluasan yang diwartakan dianggarkan 764.73 kilometer persegi bagi kawasan Majlis Daerah Selama - dipetik drp http://www.mdselama.gov.my/portal/selama/about/background/

    Tunku Muhriz dimasyhur Yang Dipertuan Besar yang baru




    Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah dimasyhurkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yang ke-11.

    Pemasyhuran tersebut berlangsung di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti pada kira-kira jam 3.50 petang ini.

    Pemasyhuran itu dibuat oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Klana Petra Datuk Mubarak Dohak, dan disiarkan secara langsung oleh RTM.

    Tunku Muhriz, 59, dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, berikutan kemangkatan Tunku Jaafar Tuanku Abdul Rahman Sabtu lalu.

    Tunku Muhriz dipilih daripada empat orang calon. Tiga lagi ialah Tunku Laxamana Tunku Naquiyuddin Tuanku Ja'afar, Tunku Muda Serting Tunku Imran Tuanku Ja'afar and Tunku Panglima Besar Tunku Putera Nadzaruddin Tuanku Ja'afar.

    Baginda merupakan satu-satunya putera kepada Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Munawir Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman (1960-1967).

    Tunku Muhriz merupakan calon Yang Dipertuan Besar bagi menggantikan ayahandanya , selain Almarhum Tuanku Ja’afar dan Tuanku Abdullah, namun baginda tidak dipilih atas alasan usia yang terlalu muda ketika itu iaitu 18 tahun.

    Pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diputuskan oleh Undang Yang Empat iaitu Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Johol, Undang Luak Jelebu dan Undang Luak Rembau.

    Pemilihan itu adalah mengikut garis panduan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri.

    Sementara itu, istiadat pemakaman jenazah Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman akan dijalankan selepas solat Asar hari ini.

    Sementara itu, Bernama melaporkan, Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Menengah King George V, Seremban dan meneruskan pengajiannya di Aldenhem School, United Kingdom.

    Tuanku Muhriz memperoleh Sarjana Muda Undang-undang dari University College of Wales, Aberystwyth, United Kingdom.

    Tuanku Muhriz merupakan putera tunggal daripada enam putera serta puteri Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dan Tunku Ampuan Durah Binti Tuanku Besar Burhanuddin.

    Tuanku Muhriz mendirikan rumahtangga dengan Tengku Datuk Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dari Terengganu dan mempunyai tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin Muhriz, 31, Tunku Zain Al-‘Abidin Muhriz, 26, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 23.

    Pada 1967, Tuanku Ja'afar yang juga ayahanda saudara tiri Tuanku Muhriz, dilantik oleh Undang sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, memandangkan usia Tuanku Muhriz yang masih muda pada ketika itu, selepas kemangkatan ayahanda baginda, Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman.

    Tuanku Muhriz adalah seorang ahli perniagaan dan pengarah Bangkok Bank-teks: Malaysiakini

    Ahad, 28 Disember 2008

    Imam Ishak Rawa perintis dokumentasi ulama Rao


    Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH


    PENULIS (dua dari kiri) bergambar bersama Jaringan Anak Rao dan Persemendaan. Di sebelah kiri penulis ialah Pengerusi Jaro, Datuk Abdul Wahab. Gambar Utusan Malaysia Khamis, 12 April 2007

    DUA Isnin berturut-turut yang lalu telah diperkenalkan dua tokoh ulama yang berasal dari Rao atau Rawa. Artikel ini pula adalah rangkaian yang tersebut dan merupakan bicara lanjut yang dibincangkan dalam Majlis Muzakarah Ahlus Sunah wal Jamaah di Raub, Pahang pada 18 Mac 2007 M/28 Safar 1428 H lalu.

    Tokoh yang diperkenalkan ialah seorang yang gigih menyebarkan Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah. Nama lengkap beliau mengikut salasilah ayahnya ialah Tuan Guru Imam Tengku Haji Ishak bin Tengku Muhammad Arif bin Tengku Tan Joleng Tujuan Saka Mas bin Tengku Merah Laut Silingkar Alam @ Limbang Laut keluarga Yang Dipertuan Muda Tanjung Alai, Mapat Tunggal, Rao, Sumatera Barat.

    Sungguhpun masih banyak persoalan yang masih belum jelas, namun berdasarkan surat Zaffuan bin Haji Manap ar-Rawi al-Qadiriah kepada Pengkaji bertarikh 17 Ramadan 1427 H/20 Oktober 2006 M, keluarga tersebut ada pertalian dengan Syeikh Muhammad Murid Rawa.

    Kata Zaffuan, “Keluarga Syeikh Murid ini juga mempunyai pertalian dengan keluarga Merah Mas, Yang Dipertuan Muda Tanjung Alai, Rao tetapi sayangnya peraturan sebenar masih belum dapat dihuraikan hingga kini.”

    Saya simpulkan saja bahawa Imam Tengku Haji Ishak salah seorang daripada keluarga Rao atau Rawa dan besar baktinya mendokumenkan keluarga itu terutama di Malaysia.

    Menurut surat Zaffuan itu lagi, “Punca utama manuskrip keluarga beliau (maksudnya keluarga Syeikh Muhammad Shalih Rawa, bererti juga semua keluarga) di Pahang ini pada asalnya adalah atas usaha orang tua kami yang dihormati lagi dimuliakan iaitu almarhum Tuan Guru Imam Haji Ishak bin Muhammad Arif al-Khalidi an- Naqsyabandi (1908-1992).”

    Ibu Imam Haji Ishak bernama Hindun @ Nujmah binti Tengku Mahmud (keturunan Siak). Ibu Hindun @ Nujmah ialah Maryam berasal dari Kampung Teluk Pulai, Klang, Selangor. Imam Haji Ishak dilahirkan di Kampung Chemor, Ipoh, Perak pada tahun 1908 dan meninggal dunia tahun 1992.

    Beliau menerima Tarekat Naqsyabandiyah daripada Syeikh Umar bin Haji Muhammad al-Khalidi an-Naqsyabandi (wafat tahun 1936) di Batu Pahat, Johor.

    Guru Syeikh Umar pula ialah Syeikh Abdul Wahhab Rokan (lahir 1811, wafat tahun 1926). Menurut surat Zaffuan lagi: “Beliau adalah seorang guru agama dan pemimpin Tarekat Naqsyabandiyah yang terkenal di seluruh mukim Dong, Raub malah muridnya juga ramai yang datang dari luar Pahang.”

    Dari perkataan “Beliau adalah seorang guru agama dan pemimpin Tarekat Naqsyabandiyah ..." perlu diberi ulasan bahawa perkara khilafiah (pertikaian pendapat) dalam Islam sangat banyak, termasuklah ada golongan yang menerima tarekat dan ada pula yang menolaknya. Bahkan lebih jauh daripada itu ada pihak-pihak tertentu yang membidaah dan mengkhurafatkannya.

    Dalam segala persoalan dari dulu hingga sekarang, ada saja orang yang tidak pasti tentang sesuatu perkara selalu menyalahkan apa yang dia tidak tahu. Oleh itu pada pandangan saya, tidaklah bijaksana dan tidak adil seseorang itu menyalahkan pendapat orang lain sedangkan dia tidak mempelajari pendapat itu secara saksama, teliti dan mendalam kepada ahlinya. Demikian halnya dengan tarekat dalam tasauf telah berada dalam Islam sejak lama dan telah diamalkan oleh ramai ulama.

    Selagi ramai ulama yang mengamalkannya dan terdapat hujah-hujah dalam kitab-kitab mereka, walaupun ada golongan yang menyalahkannya kita tidak patut mempertahankan pendapat atau pandangan sendiri. Apabila kita hidup bermasyarakat, tetapi hanya bertahan kepada pendapat atau pandangan sendiri, tidak menerima pendapat atau pandangan orang lain, boleh mengakibatkan keresahan masyarakat, kehidupan selalu tidak harmoni.

    Oleh itu seseorang guru agama seperti Imam Haji Ishak yang mengamalkan tarekat seperti yang diriwayatkan ini, tidak perlu kita pertikaikan kerana sepanjang hayatnya mempunyai murid yang ramai dan diterima oleh masyarakat. Bagi saya, siapa saja mempunyai pendapat dan pandangan yang tidak menyalahi Islam marilah berjuang sehingga nyata kebajikan demi kepentingan umat.

    Pendidikan

    Setelah tamat sekolah Melayu (di Sekolah Melayu Dong, Raub) beliau mendalami ilmu agama secara khusus. Di antara guru-gurunya termasuklah dua orang ulama berikut iaitu Tuan Syeikh Kasyful Anwar (berasal dari Kalimantan). Beliau adalah seorang yang sangat alim dalam ilmu alat (nahu, sharaf, bayan, mantik, balaghah, badi’ dan sebagainya).

    Tentang fiqh pula, Tuan Imam Haji Ishak belajar dengan Tuan Syeikh Muhammad Shalih bin Syeikh Haji Umar, ulama yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

    Di antara kitab-kitab yang dipelajari oleh Tuan Imam Haji Ishak ialah kitab-kitab tentang akidah Matn Jauharah at-Tauhid, Durr ats-Tsamin oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, Akidah an-Najin oleh Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani. Dari tiga buah kitab ilmu akidah atau tauhid yang tersebut, dapat disimpulkan bahawa Tuan Imam Haji Ishak telah mempelajari ilmu yang sangat asas itu, sebuah matan dalam bahasa Arab (Matn Jauharah at-Tauhid) dan dua syarah dalam bahasa Melayu (Durr ats-Tsamin dan Akidah an-Najin).

    Menurut tradisi pengajian Islam dunia Melayu zaman silam tidak terhenti setakat itu saja, biasanya untuk membolehkan seseorang itu bergelar alim dalam akidah Ahli Sunah wal Jamaah dan berkelayakan mengajar, mereka meneruskan pengajian kepada kitab-kitab dalam bahasa Arab peringkat syarah dan hasyiyah yang tinggi-tinggi serta banyak melakukan pengtelahan.

    Tentang fikah ialah Sabil al-Muhtadin oleh Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari, Furu’ al-Masail oleh Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani, dan al-Iqna’ kitab dalam Mazhab Syafie dalam bahasa Arab. Jika kita perhatikan tiga kitab yang tersenarai juga sebuah kitab dalam bahasa Arab (al-Iqna’) dan dua buah dalam bahasa Melayu (Sabil al-Muhtadin dan Furu’ al-Masail).

    Kitab al-Iqna’ bukanlah sebuah kitab yang mendalam tetapi peringkat pertengahan sahaja. Namun ia dianggap memadai kerana termasuk dalam golongan kitab bercorak syarah bukan matan. Kitab Sabil al-Muhtadin kitab Melayu/Jawi yang cukup popular dalam pengajian Islam tradisional di seluruh dunia Melayu.

    Dalam pengertian bahagian ibadat kitab Sabil al-Muhtadin termasuk kitab fiqh Syafieyah yang lengkap. Ada pun kitab Furu’ al-Masail juga dalam bahasa Melayu. Kitab ini membicarakan perkara yang furuk-furuk (cabang-cabang atau bahagian yang halus-halus). Hanya dua saja kitab Melayu/Jawi seperti demikian. Sebuah lagi ialah Kasyf al-Litsam karya Syeikh Zainal Abidin bin Muhammad al-Fathani.

    Sungguh pun Tuan Imam Haji Ishak bukan dikenali sebagai seorang faqih (pakar fikah) tetapi beliau memahami banyak hal dalam fikah. Tambahan pula, beliau lebih banyak menceburi bidang Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah tidaklah dapat dianggap beliau tidak memahami syariat. Memanglah sangat berbahaya apabila ada seseorang guru tarekat apabila tidak memahami syariat dan ilmu-ilmu yang lainnya.

    Daripada sekian ramai penyebar Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah di dunia Melayu seumpama Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minankabawi, Syeikh Abdul Wahhab Rokan yang turun kepada Tuan Imam Haji Ishak, dan lain-lain yang faham syariat akhir-akhir ini, memang ada orang tertentu yang tidak faham syariat mengaku dirinya sebagai seorang Syeikh Mursyid.

    Seseorang yang jahil tentang syariat adalah ditolak atau tidak diakui oleh ulama tasauf sendiri, apatah lagi ulama-ulama golongan lainnya.

    Tentang tasauf ialah ar-Riayah li Huquqillah, Kasyf al-Mahjub, ar-Risalah al-Qusyairiyah. Semua kitab yang tersebut adalah dalam bahasa Arab. Hal yang tersebut bukan bererti Tuan Imam Haji Ishak tidak mengenali atau tidak mempelajari kitab-kitab tasauf bahasa Melayu kerana kitab-kitab tasauf pada zamannya masih muda masih banyak diajarkan oleh para ulama kita.

    Di antara kitab tasauf bahasa Melayu yang pasti diketahui oleh Tuan Imam Haji Ishak ialah Hidayah as-Salikin dan Siyar as-Salikin. Kedua-duanya karya Syeikh Abdus Shamad al-Falimbani, Kitab Syarh Hikam yang berasal daripada karya Syeikh ‘Atha’ al-Askandari, Ad-Durr An-Nafis oleh Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari dan lain-lain.

    Di antara kitab tasauf Melayu yang sangat erat hubungannya dengan Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah (tarekat yang diamal oleh Tuan Imam Haji Ishak) ialah Ar-Rahmah al-Habithah fi Ism az-Zat wa ar-Rabithah karya Syeikh Ismail bin Abdullah Naqsyabandi Khalidi al-Minankabawi.

    Tentang hadis ialah Bahr al-Mazi oleh Syeikh Idris al-Marbawi, Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Fath al-Bari. Dalam empat judul kitab hadis yang disenaraikan ini hanya satu judul saja yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu (Bahr al-Mazi). Tiga judul lagi adalah dalam bahasa Arab (Shahih al-Bukhari, Shahih Muslim, Fath al-Bari). Daripada senarai tersebut ternyata Tuan Imam Haji Ishak juga belajar hadis.

    Kitab-kitab dipelajari oleh Tuan Imam Haji Ishak seperti tersenarai di atas sudah cukup membuktikan bahawa beliau menguasai ilmu-ilmu Islam. Saya yakin bahawa beliau seorang yang rajin membaca. Hal ini kerana saya berkenalan dengan beliau tahun 1990 di mana beliau membawa dan menunjukkan sebuah kitab karya Syeikh Ahmad al-Fathani yang saya usahakan judul Shufi dan Wali Allah diterbitkan oleh Pustaka Aman Press, Kota Bharu, Kelantan.

    Setelah beliau tahu saya tinggal di Kuala Lumpur, beliau datang ke rumah saya. Kitab tersebut dijadikan perantara perkenalan. Saya cukup kagum dengan Tuan Imam Haji Ishak kerana pada ketika itu beliau telah mempunyai murid yang ramai dan namanya cukup terkenal dalam lingkungan jemaah Tarekat Naqsyabandiyah Khalidiyah yang beliau pimpin. Namun beliau datang ke rumah saya yang jauh lebih muda daripadanya dan tidak masyhur pula.

    Saya berkesimpulan Tuan Imam Haji Ishak adalah seorang warak dan zuhud yang tidak membesarkan diri. Sifat-sifat demikian adalah mengikuti jejak langkah para ulama sufi.

    Sumbangan

    Pada 1932 Tuan Imam Haji Ishak telah diberi tauliah imam oleh Sultan Abu Bakar (Sultan Pahang). Dalam usia 24 tahun, Tuan Imam Haji Ishak telah diberi kepercayaan menjadi imam di Masjid Lechar, Raub, Pahang Darul Makmur. Berbekalkan ilmu-ilmu keislaman yang dipelajarinya dari para ulama yang dipercayai, Tuan Imam Haji Ishak berjaya menyatupadukan penduduk di kampungnya.

    Di samping itu, memimpin mereka berpandukan tuntutan Alus Sunah wal Jamaah.

    Tuan Imam Haji Ishak juga adalah pengasas Surau Ihyaul Qulub yang pada mulanya dikenali dengan nama Surau Daerah Kampung Bangkin, Mukim Gali, Raub.

    Nama Surau Ihyaul Qulub dimasyhurkan sewaktu sambutan Jubli Emas surau tersebut pada Oktober tahun 1990. Selain jasa serta sebahagian daripada sumbangan Tuan Imam Haji Ishak yang dapat dicatatkan, rasanya tidak dapat tidak jasanya sebagai penyusun salasilah keturunan Rao perlulah diakui. Walaupun masih banyak pertikaian pendapat serta beberapa perkara yang masih belum jelas, namun jasa Tuan Imam Haji Ishak sebagai perintis masyarakat keturunan Rao khususnya di Malaysia amat besar.

    Mudah-mudahan jejak langkah beliau akan disusuli dengan bersungguh-sungguh oleh beberapa orang keturunan Rao atau Rawa yang datang kemudian- dipetik blog Ulama Nusantara.

    Jalan Pulang Ke Rao

    myMetro » Variasi » Santai

    Santai Warna hijau kota Padang

    Teks dan Gambar Riadz Radzi
    riadz@hmetro.com.my


    PERCUTIAN ke wilayah Sumatera Barat, memang memberikan pengalaman berbeza berbanding berkunjung ke daerah pelancongan lain di Indonesia.
    Ini kerana sebahagian besar penduduk wilayah seluas 43,297 kilometer persegi itu terdiri daripada masyaraka Melayu Rao dan Minangkabau yang beragama Islam. Di Padang Maninjau misalnya, terletaknya kampung dan teratak Allahyarham Prof Dr HAMKA, seorang ulama, ahli falsafah dan sasterawan yang ulung di rantau Melayu ini yang harus dikunjungi. Silakan berkunjung.



    Sabtu, 27 Disember 2008

    Sembah Takziah



    Patik merafak sembah dengan sedih menyembahkan ucapan takziah ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ampuan Negeri Sembilan,Tuanku Najihah Binti Tuanku Burhanuddin dan semua kerabat DiRaja Negeri Sembilan di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia, Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman pada 27 Disember 2008. Semoga Allah SWT merahmati roh Almarhum, Al-Fatihah.

    Selasa, 23 Disember 2008

    Teromba Keturunan Rao SeTanah Melayu


    Panitia Penerbitan Teromba Ar-Rawi akan menyusun salasilah Rao sebagai bahan dokumentasi untuk rujukan generasi akan datang. Sehubungan itu sdr/i yang mempunyai susur galur, jurai keturunan Rao bolehlah mengirimkan kepada Pengerusi Panitia Penerbitan Teromba Ar-Rawi iaitu sdr Arisel B.A di Raub, Pahang melalui e-mel ariselba@yahoo.com atau menghubungi beliau di talian 012-9880490. Butiran pengenalan beliau adalah seperti berikut:

    Arisel Ba atau nama sebenarnya Subari bin Ahmad dilahir pada 11 Ogos 1953 di Ladang Selborne, Kuala Lipis, Pahang. Beliau mendapat pendidikan awal dan menengah dari Sekolah Menengah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Kelulusan tertinggi beliau adalah dalam bidang Komunikasi dari Universiti Putra Malaysia (UPM) 2003. Mula menulis secara serius tahun 1976 dimana puisi pertamanya Gua Bama tersiar di majalah Dewan Sastera, April 1977. Selain puisi, Arisel menulis cerpen, novelet, drama pentas, berita dan rencana. Karya Arisel telah terbit di akhbar, majalah dan antologi puisi/cerpen bersama. Telah terbit novelet pertamanya DENDAM MALAM GERHANA (1982). Antologi Sajak AKSARA ‘XXX’ terbit tahun 2004 adalah buku puisi pertama beliau setelah menulis sajak lebih 30 tahun. Kini telah bersara dari Perkhidmatan Kerajaan setelah berkhidmat selama 35 tahun.




    Isnin, 22 Disember 2008

    KEMBARA KE TANAH MINANG DAN RAO DI SUMATERA BARAT




    OLEH DR.TALIB SAMAT, PhD
    (talib590@hotmail.com)


    Sumatera Barat selalunya saya lihat di peta Asia Tenggara atau mendengar cerita tentang kisah gerak gempa bumi yang selalu berlaku di sana.Bagaimanapun pada 22 November hingga 27 November 2008 lalu, saya mewakili Persatuan Karyawan Perak menyertai rombongan 45 orang ahli Persatuan Jaringan Rao Malaysia(JARO) berlepas ke Lapangan Terbang Minangkabau, Padang,Sumatera Barat pada jam 7.50 pagi menggunakan pesawat Airasia AK 942.Rombongan kami tiba di sana sekitar jam 8.00 pagi waktu lndonesia yang biasanya lewat sejam dari Malaysia.
    Sebelum berlepas ke Sumatera Barat ,saya menanti bas rombongan anggota JARO dari Ipoh,Perak yang berhenti di stesen minyak Petronas Tanjong Malim,Perak sekitar jam 2.30 pagi.Bas rombongan tiba dan saya naik bas yang diketuai oleh Encik Tahirrudin Ahmad(Setiausaha JARO).Dalam perjalanan ke LCCT Sepang,bas rombongan singgah di hentian Sungai Buluh,Selangor untuk minum pagi.Setibanya di LCCT Sepang sekitar jam 4pagi,saya dan anggota rombongan JARO terus check-in untuk membereskan penerbangan ke Padang, Sumatera Barat.
    Saya dan beberapa rombongan JARO solat fardu subuh berjemaah di surau LCCT dengan selesa.Sementara menanti di terminal LCCT yang sudah mulai sesak pada pagi 22 November 2008 itu,saya berkenalan dan berbual dengan anggota rombongan JARO yang sebahagiannya kurang dikenali dan perjalanan panjang ke Tanah Rao memesrakan saya dengan mereka.Majoriti anggota rombongan itu adalah berketurunan Rao(Rawa) dan saya kebetulan bukan berketurunan Rao cuma mengikut mereka untuk mengkaji masyarakat Rao di Sumatera Barat dan Malaysia.

    Tanah Rao

    Seramai 45 orang anggota JARO itu sebenarnya di samping melawat Tanah Rao di Sumatera Barat adalah untuk mencari saudara-mara mereka yang terpisah sejak penghijrahan ke Tanah Melayu beberapa ratus tahun dahulu khususnya sejak Perang Paderi (1821-1837) ketika memuncaknya perjuangan menentang penjajah Belanda. Penghijrahan orang-orang Rao di Tanah Melayu khususnya di Selama, Gopeng, Tanjung Malim (Perak), Kalumpang, Hulu Bernam (Selangor), Raub (Pahang), Pendang (Kedah), Kota Tinggi (Johor), Kelantan, Pulau Pinang dan sebagainya telah melahirkan tokoh-tokoh masyarakat Rao yang berjaya dan berjasa dalam membangunkan sektor ekonomi, sosial, politik di Malaysia seperti Tan Sri Rafidah Aziz, Tan Sri Muhammad bin Md.Taib, Tun Hasmah Mohd.Ali, Ismail Mohd.Ali (bekas Gabenor Bank Negara Malaysia),Tan Sri Ahmad Sarji ,Tun Haniff Omar dan ramai lagi jika mahu disebut satu persatu.
    Rombongan 45 orang anggota JARO Malaysia selamat mendarat di lapangan terbang Minangkabau, Padang, Sumatera Barat, pada jam 8.00 pagi waktu Padang(Indonesia) atau jam 9.00 pagi waktu Malaysia Barat.Anggota rombongan disambut dengan persembahan kebudayaan oleh masyarakat Sumatera Barat di lapangan terbang Padang dengan meriah dan menarik.
    Rombongan 45 orang anggota JARO Malaysia kemudiannya menaiki bas rombongan urusetia di Bandara.Bas rombongan bergerak terus menuju ke Bukit Tinggi yang merupakan kawasan berhawa sejuk di Sumatera Barat.Dalam perjalanan bas singgah di Air Terjun Anai di Lembah Anai sambil melihat hutan simpan dan keindahan alam di sekitarnya.
    Ramai peserta rombongan mengambil gambar di Air Terjun Anai.Bas rombongan terus bergerak menuju ke Padang Panjang dan singgah di Restoran Pak Datuk untuk makan tengah hari dengan masakan padang.Bas rombongan kemudian bergerak lagi sambil pemandu pelancong,Zenal Abidin bercerita tentang pelbagai tempat di sekitar perjalanan dengan kisah-kisah cerita rakyat termasuk asal-usul nama Minangkabau yang berasal dari kisah kemenangan seekor kerbau.
    Bas rombongan kemudiannya bergerak menuju ke Pandai Sikek yang merupakan pusat kerajinan songket dan ukiran kayu yang juga tempat membeli-belah.Di sekitar kawasan Pandai Sikek juga kelihatan sawah padi dan beberapa kawasan gunung berapi yang sedang tidur.Entah bila akan meletup lagi.Bas rombongan bergerak lagi dan singgah di Sungai Buluh yang juga menjual pakaian dengan harga berpatutan.
    Bas rombongan bergerak terus ke Bukit Tinggi dengan suasana sejuknya yang sudah mulai terasa.Bas mengitari bandar Bukit Tinggi sambil melihat suasana hidup penghuninya.Bas kemudiannya bergerak terus ke Hotel Pusako di Bukit Tinggi untuk menurunkan para peserta rombongan untuk menginap dan beristirehat.Suasana sejuk di hotel itu sudah cukup terasa dan tidak perlu menggunakan aircond memang sudah cukup dingin dan sejuk.
    Pada sebelah malam diadakan acara perasmian kunjungan ahli-ahli JARO(Persatuan Jalinan Rao Malaysia) oleh tokoh-tokoh Rao Indonesia dan Malaysia.Pada malam itu juga diadakan acara persembahan nyanyian oleh peserta-peserta rombongan dan penyanyi tetap Hotel Pusako.Lagu “Ayam Den Lapeh” menjadi lagu popular malam itu.Saya turut menyumbangkan lagu “Berkorban Apa Saja” untuk memeriahkan acara.Selepas acara itu diadakan mesyuarat persiapan kunjungan ke Tanah Rao di antara anggota panitia JARO Malaysia dan Indonesia.Keletihan begitu terasa pada hari ini dan di Hotel Pusako ini saya menginap bersama Hj.Samran Abd.Manap dari Ipoh,Perak.Beliau menginap sebilik dengan saya dan sewaktu menginap di Hotel Rocky Plaza pada malam terakhir di Padang.


    Buya Hamka

    Pada hari keesokannya,23 November 2008,peserta rombongan dibawa melawat Desa Maninjau,tempat kelahiran Buya Hamka dengan melalui lebih 44 kelok dan melihat pemandangan terindah di situ dengan kawasan sawah padi,tasik,gunung-ganang dan perkampungan yang mengasyikkan.Keindahan Desa Maninjau ini dicantikkan dengan suasana tasik yang membiru dan pesawah yang sedang menanam padi menggunakan tangan dan tenaga kerbau.Keindahan Desa Maninjau memang menakjubkan dan mungkin inilah di antara penyebab Buya Hamka begitu kreatif dan produktif menghasilkan karya.
    Saya dan peserta rombongan berpeluang memasuki Muzium Kelahiran Hamka dan mendengar pencerita tentang kehidupan Buya Hamka daripada salah seorang warisnya yang ditugaskan menjaga muzium itu.Saya kemudiannya berkunjung ke sebuah kedai yang menjual buku-buku karangan Hamka dan membeli dua buah buku karangan Hamka iaitu Hamka Berkisah Tentang Nabi dan Rasul(Jilid 2,1976) dan Dari Hati Ke Hati Tentang Agama,Sosial-Budaya,Politik(2002).

    Bas rombongan kemudiannya bergerak semula menuju ke Bukit Tinggi dengan melalui jalan-jalan yang dilalui tadi sambil melihat pemandangan indah yang menakjubkan tadi yang jarang-jarang dilihat di tempat lain.Pokok-pokok kayu manis yang ditanam atau tumbuh sendiri banyak kelihatan di sekitar perjalanan itu..Suatu pandangan yang sukar dilupakan ialah sawah padi dan kolam takungan air untuk mengairi sawah sama ada di bawah atau di atas bukit.Saya cukup suka melihat pemandangan ini sambil melihat gunung berapi yang tidak aktif wujud di beberapa tempat.Saya cuba membaca beberapa bahagian buku karangan Hamka yang dibeli tadi tetapi hanya sempat bertahan beberapa ketika sahaja kerana mata mulai mengantuk kerana letih dan mengantuk.
    Bas rombongan sekali lagi mengitari bandar sejuk Bukit Tinggi sambil bergerak menuju ke sebuah restoran untuk makan tengah hari dengan nasi padang yang menyelerakan kerana perut begitu berkeroncong.
    Sesudah makan tengah hari bas rombongan bergerak menuju ke kawasan “Lubang Jepun” dan Ngarai Sianok yang merupakan Grand Canyon Sumatera Barat.

    Lubang Jepun


    Bas rombongan singgah di kawasan “Lubang Jepun” dan peserta rombongan turun meredah ke dalam terowong sambil mendengar pencerita mengisahkan kekejaman tentera Jepun sewaktu menawan Sumatera Barat dan menjadikan Bukit Tinggi sebagai tempat penyeksaan tentera Jepun yang terbesar di Asia Tenggara.Bukit Tinggi dipilih bukan sahaja kerana hawanya yang sejuk tetapi lokasinya terletak betul-betul di tengah bumi Sumatera.
    Ada seorang tukang cerita menceritakan kehebatan “Lubang Jepun” yang dibina oleh tawanan tentera Jepun yang datang dari seluruh lndonesia.Ramai tawanan Jepun dibunuh di sini dan terowong ini secara tidak langsung bercerita tentang kekejaman tentera Jepun yang dialami oleh seluruh penduduk Asia Tenggara sewaktu memuncaknya Perang Dunia Kedua.
    Sesudah selesai melawat terowong ini saya berasa mahu terkucil yang amat sangat dan sempat mencari tandas yang dibina di atas terowong itu.Rasa lega yang amat sangat selepas dapat terkucil itu apalagi sesudah menuruni lebih 132 anak tangga turun dan naik.Mungkin suatu latihan senaman kaki yang amat baik hingga terasa percikan peluh yang menitis.Segelintir peserta rombongan yang sudah pencen tak larat untuk turun naik tangga di Lubang Jepun,Bukit Tinggi ini dan berada di atas dataran sambil melihat panorama keindahan alam sekitar dan hawa sejuk bandar ini.
    Bas rombongan kemudiannya bergerak menuju ke tengah bandar Bukit Tinggi melihat Jam Gadang,rumah bekas Naib Presiden Indonesia pertama iaitu Bung Hatta.Para peserta dibebaskan bergerak ke sekitar bandar Bukit Tinggi dan melihat penggunaan kereta kuda untuk dinaiki dengan harga RM10.Saya dan Mat Odit (Mahamad bin Zainal Abidin)mencari kedai minum untuk menghilangkan haus.Saya dan Mat Odit kemudian bergerak menyusur jalan untuk mencari Masjid Raya Bukit Tinggi untuk solat jamak qasar solat zuhur dan asar.Saya melihat suasana di masjid itu dan tempat mengambil wuduknya dan tempat buang air kecil yang sedikit berbeza dengan masjid di Malaysia.Ada suatu tempat saya menempuh semacam kolam air yang begitu sejuk airnya.
    Sewaktu menunggu bas rombongan tiba,saya dan Mat Odit makan kacang rebus sambil berbual-bual.Tiba-tiba saya didatangi seorang kanak-kanak kecil yang menawarkan khidmat membersihkan kasut sekiranya mahu.Saya dan Mat Odit kebetulan ketika itu kesuntukan masa dan tiada kasut untuk dibersihkan.Kami memutuskan untuk mensedekahkan beberapa ringgit duit kecil yang ada kepada kanak-kanak itu sebagai tanda tidak menghampakannya.
    Bas rombongan tiba dan para peserta naik bas kembali ke Hotel Pusako untukberistirehat,mandi atau solat sebelum keluar semula menaiki bas untuk makan malam di sebuah restoran.Kami kemudiannya dibawa melihat tarian kebudayaan Minang di sebuah panggung teater di Bukit Tinggi.Sewaktu peserta rombongan melihat teater “Saayun Salangkah”itu saya menggunakan masa menulis catatan beberapa peristiwa yang saya alami beberapa hari lalu di Pulau Pinang agar tidak luput daripada ingatan.


    Saayun Salangkah


    Pada malam itu Sanggar Seni “Saayun Salangkah’ mempersembahkan beberapa tarian tradisional Minangkabau iaitu Manggua Tabuah, Tari Pasambahan,Saluang Jo Dendang, Talempong Pacik,Tari Bersuka Ria, Talempong Limo,Tari Indang,Silek,Tari Piring Golek dan Tari Sapu Tangan.Ada salah satunya tarian memijak kaca agak menarik hati saya kerana tidak melukakan kaki penarinya.Mungkin mereka ada jampi manteranya yang tersendiri untuk mengelakkan kaki luka agaknya.
    Peserta rombongan kemudian balik semula ke Hotel Pusako di Bukit Tinggi untuk tidur dan beristirehat.Suasana di luar dan dalam bilik hotel itu memang sudah sejuk dan tidak perlukan aircond lagi.Seingat saya hotel itu memang tidak menyediakan alat aircond kerana suhunya memang sejuk seperti Genting Highland atau Cameron Highland jika di Malaysia.
    Keesokan harinya, 24 November 2008,sesudah sarapan pagi terakhir di Hotel Pusako seawal tujuh pagi,para peserta rombongan sudah bersiap-siap untuk menaiki bas rombongan menuju ke Tanah Rao di Kabupaten Pasaman yang menjadi tanah asal-usul orang-orang Rao (Rawa) di Malaysia.
    Bas rombongan Uda C.S Holidays Tour & Travel berlepas meninggalkan Hotel Pusako dan bandar Bukit Tinggi sambil drebar bas memainkan lagu “Sekondak Hati” ciptaan Dr.Dzulkhaini Hj.Husain(seorang doktor gigi di Ampang Park,Kuala Lumpur) yang mengisahkan suka duka orang-orang Rao yang datang ke Malaysia.Ada di antara mereka berjaya dalam lapangan hidup dan ada yang kecundang dalam hidup dan menjadi orang biasa-biasa sahaja.
    Di antara seni kata lagu “Sekondak Hati” ciptaan Dr.Dzulkhaini Hj.Husain itu ialah:

    (masa:di Rao Lama-antara 1800-1900)
    Sekondak hati melintas
    tiba dari seberang.
    Membawa hati dengan tangisan
    berbalut luka.
    Sekondak hati jiwanya gigih,
    lalu merantau.
    Meninggal kampung,
    sanak saudara,
    jauh di mata.

    (1800-1900)
    (yang berhijrah dan seterusnya yang pergi Selama,Raub,Kelantan,
    Gopeng,Taiping,Selangor dan lain-lainnya)

    Sekondak hati membuka
    tanah karangen baru

    Merodah donai,
    menyuluh arah,
    jalen berliku.

    (1957)
    (generasi ketiga)

    Merantau lagi
    mencubo nasib
    di tempek lain.

    Dongen harapen
    anak cucunya
    hidup bahgio.

    (Hari ini rombongan 45 orang 22-11-08)

    Kami yang ado tak
    melupokan pengorbananmu

    Sekondak hati jasamu
    tetap aken dikonang.

    (generasi baru)

    Duhai anakku ingatlah
    dikau asal usulmu.

    Mengalir darah di tubuh iko
    -Sekondak Hati-


    Sewaktu bas rombongan bergerak ke Tanah Rao,saya melihat pemandangan Bukit Barisan yang memanjang di kanan jalan sambil mendengar tukang cerita bercerita tentang keunikan sesuatu tempat itu.Pencerita itu,Mawardi bercerita sepanjang jalan di dalam bas itu sambil lagu “Sekondak Hati” berkumandang ke udara mendayu-dayu bunyi iramanya diulang berulangkali hingga meresap di jiwa pendengarnya.

    Imam Bonjol


    Bas rombongan terus bergerak ke Kabupaten Pasaman dan singgah di Muzium Imam Bonjol yang kebetulan terletak di garis lintang khatulistiwa 0 darjah(Equator).Garisan khatulistiwa betul-betul melintasi kawasan ini dan berdirinya muzium ini merupakan pengiktirafan terhadap perjuangan Imam Bonjol dan memimpin Perang Padri(1821-1837) memerangi penjajah Belanda yang cuba bertapak di daerah ini.
    Saya dan para peserta rombongan memasuki Muzium Imam Bonjol dan melihat bahan dan artifak bersejarah tentang perjuangan hebat Imam Bonjol sambil bergambar kenangan di situ yang diambil oleh HaenTaib Ridun.Saya biasa mendengar nama ini dalam buku sejarah perjuangan kemerdekaan lndonesia kali ini dapat melihat sendiri tapak perjuangan lmam Bonjol yang memang terkenal itu.Saya membeli tiga buah buku yang terjual di kaunter muzium ini iaitu Latar Sejarah Indo Jolito Bundo Kanduang di Minangkabau di Minangkabau,Menelusuri Risalah Keturunan Imam Bonjol Berbako ke Pagaruyung Berkubur di Sanrobone dan Pembangunan Kembali Istano Basa Pagaruyung.(2007).
    Kenangan singgah di muzium ini saya mesrakan lagi dengan pembelian baju t-shirt yang bergambarkan Imam Bonjol dan Equator sebagai ingatan abadi dan mendalam terhadap perjuangan Imam Bonjol memerangi penjajah Belanda.Menurut catatan sejarah sesudah penaklukan Belanda di kawasan Pasaman ini pada awal abad ke-19,ramai orang-orang Rao atau Rawa berhijrah ke pelbagai negeri di Tanah Melayu kerana kecewa,mencari penghidupan dan peluang baru membangunkan kehidupan di negeri orang.
    Sewaktu tiba di suatu tempat bas rombongan tidak dapat bergerak kerana ada kemalangan lori melintang di jalan dan terpaksa berundur dan berhenti rehat di suatu Rumah Makan Roda Baru,Bonjol,Pasaman selama beberapa jam sementara menunggu lori itu dialihkan ke tepi.Para peserta rombongan seingat saya makan minum di situ sehingga masuk waktu zohor.Mereka solat jamak qasar zohor asar di surau yang berhampiran di kedai itu.Ada hikmahnya kejadian itu kerana para peserta tambah kenal dan mesra di antara satu sama lain di samping melihat suasana hidup masyarakat sekitar dan melihat sungai-sungai yang masih asli dan belum tercemar.
    Ada peserta wanita bercerita kejadian itu berlaku kerana anggota rombongan tidak mensedekahkan al-Fatihah kepada Almarhum Imam Bonjol sewaktu melawat muzium Imam Bonjol tadi.Hal ini berbeza sewaktu berada di Lubang Jepun,Bukit Tinggi semalam,peserta rombongan mensedekahkan al-Fatihah kepada para pejuang negara yang terkorban di garis depan.

    Sesudah beberapa jam kemudian menanti dan terus menanti,bas rombongan akhirnya dapat melepasi halangan dan rintangan berupa lori barang yang tersadai di tepi jalan.hasil kecekapan drebar bas itu,Ricky,bas dapat berselisih dengan lori itu di laluan sempit menghala ke Kabupaten Pasaman.Bas rombongan kemudiannya singgah di sebuah restoran Minang di Lubuk Sikaping untuk makan tengah hari yang sudah terlewat. Para peserta menarik nafas lega kerana dapat makan tengah hari sebelum meneruskan perjalanan ke Tanah Rao yang sudah tidak jauh lagi.
    Beberapa jam kemudian Tanah Rao yang terletak di Kabupaten Pasaman ,Propinsi Sumatera Barat dilalui.Sawah padi,kolam ikan dan rumah-rumah orang Rao dapat dilihat sepanjang jalan.Bas rombongan berhenti di tempat sambutan upacara menyambut peserta-peserta rombongan JARO Malaysia dengan acara tradisional.Sambutan meriah masyarakat tempatan Rao begitu hangat termasuk berbalas-balas pantun.
    Acara perasmian kunjungan JARO Malaysia dengan JARO Indonesia beberapa ketika kemudian disertai dengan ucapan daripada wakil-wakil negara masing-masing dengan begitu bersemangat sekali.Hal ini kerana kunjungan ini adalah kunjungan pertama masyarakat Rao Malaysia ke atas masyarakat Rao Indonesia sejak ratusan tahun dahulu.Saya mungkin di antara insan bertuah melihat acara ini kebetulan saya bukan berketurunan Rao tetapi Jawa cuma saya kebetulan mengkaji dan menyelidik tentang masyarakat Rao Nusantara di UPSI.Kebetulan juga saya seorang sahaja wakil Persatuan Karyawan Perak(Karyawan Pk) yang menyertai rombongan bersejarah ini.Sepatutnya ada seorang lagi iaitu Haji Zabidin Ismail tetapi terkandas di terminal LCCT Kuala Lumpur pagi tadi kerana masalah tarikh tamat pasport antarabangsanya tinggal beberapa hari lagi.Beliau terpaksa balik ke Ipoh sebaik menyedari hal itu walhal beliau yang bersungguh-sungguh benar meminta saya menyertai kembara ini.Saya bagai orang mengantuk disorongkan bantal mahu saja mengikuti kembara ini kerana saya tidak pernah tiba ke daerah ini seumur hidup saya.
    Sesudah selesai acara perasmian peserta rombongan dibawa ke homestay masing-masing.Saya ditempatkan di homestay Dr.Usman Pendopo bersama-sama Mahamad Zainal Abidin dan seorang lagi bekas guru,Hj.Mohd.Nor Daud.Homestay agak sederhana.Saya tidak boleh lupa suatu peristiwa sewaktu tiba di homestay ini sewaktu bergelap dan mahu pergi mandi,saya terpijak cermin mata saya sendiri.Selama dua hari di Tanah Rao dan Padang sehingga balik ke Malaysia saya tidak memakai cermin mata.Anehnya saya boleh melihat dengan jelas tanpa memakai cermin mata.Apakah ini keberkatan Tanah Rao atau Sumatera yang masih mempunyai beberapa orang wali atau tokoh ulama besar ?Saya sukar menjawabnya kecuali Allah Yang Maha Esa lebih mengetahuinya.
    Pada 25 November 2008,peserta rombongan dibawa melawat ke sekitar daerah Rao di Kabupaten Pasaman yang merupakan tanah asal-usul orang Rao Malaysia.Peserta rombongan berkumpul di tepi jalan berdekatan homestay masing-masing.Mereka kemudian dibawa ke Kampung Tarung-tarung dan singgah di sebuah penduduk kampung di situ.Mereka berpeluang menemui orang tertua di kampung itu yang usianya lebih 80 tahun dan bercerita tentang kampung itu.Mereka dijamu dengan kuih buah melaka beberapa biji seorang.
    Saya sempat melihat suasana sistem parit di situ yang bersih untuk air mengalir dan mengelakkan pencemaran alam.Saya cukup suka melihat suasana bersih di kampung itu.
    Tiba-tiba saya diajak oleh Mat Odit menaiki kereta seorang panitia Rao untuk pergi ke sebuah warung menemankan seorang peserta yang tidak boleh sarapan pagi lewat.Dalam perjalanan ke warung itu ,panitia itu menceritakan serba sedikit tentang asal-usul orang Rao yang katanya ada hubungan dengan penghijrahan orang-orang Kemboja dari negeri Kemboja ribuan tahun dahulu.Sewaktu saya minum pagi di warung itu,Tahiruddin Ahmad masuk dan ikut sama minum bersama-sama anak isterinya.Orang-orang di situ bercerita tentang penindasan penjajah Belanda dan orang-orang Minangkabau ke atas orang-orang Rao yang menyebabkan mereka semakin terpinggir daripada pelbagai aspek kehidupan di Sumatera Barat khasnya dan Indonesia amnya.

    Tuanku Rao


    Peserta-peserta rombongan kemudiannya dibawa melawat ke sebuah pesantren di Kabupaten Pasaman untuk mengunjungi para pelajar pengajian agama di situ.Para guru dan tenaga pengajar di sekolah itu menyambut baik kunjungan JARO Malaysia untuk mengetahui suasana sebenar pengajian agama di situ dan mengeratkan hubungan silaturrahim di antara sesama serumpun bangsa.
    Peserta rombongan kemudiannya dibawa melawat Masjid Tuanku Rao yang menjadi tempat Tuanku Rao,pemimpin dan ulama besar Rao beribadat dan memimpin masyarakat Rao memerangi penjajah Belanda.Saya difahamkan oleh panitia di Rao ada suatu seminar memperkatakan ketokohan pemimpin besar ini pada 17 dan 18 Disember 2008 di Lubuk Sikaping,Kabupaten Pasaman,Sumatera Barat.Bagaimanapun saya tidak berpeluang menyertai seminar ini kerana ada beberapa masalah keluarga dan peribadi meskipun berhajat benar untuk menyertai seminar ini.
    Peserta rombongan ini juga diberi penerangan tentang ketokohan Tuanku Rao yang mempunyai beberapa kehebatan tersendiri di kacamata orang-orang tempatan.Menurut orang-orang Rao wajah sebenar Tuanku Rao atau nama sebenarnya Shamsu Tamrin sukar digambarkan berbanding Imam Bonjol yang gambar dan wajahnya ada di Muzium Imam Bonjol mahupun dalam buku-buku sejarah yang sempat saya peroleh sewaktu berkunjung di sana.Saya sempat memperoleh buku Tuanku Imam Bonjol: Sejarah Intelektual Islam di Minangkabau(1784-1832) karya Drs.H.Sjafnir Aboe Nain Dt.Kando Marajo(2008).
    Bas rombongan kemudiannya bergerak menuju ke Madrasah Bersuluk Syeikh Muhammad Noor Effendi yang terletak di Tanah Dingin Sungai Ronyah tidak jauh dari situ melintasi Sungai Ronyah yang mengalir deras.Bas melewati kawasan penduduk kampung dan banyak rumah memiliki parabola untuk mendapatkan siaran televisyen Indonesia dan luar negeri.Saya tiba-tiba teringat mesej Hariffudin Kamarudin di Ipoh,Perak yang mengatakan keluarga ibunya berasal dari kampung di Sungai Ronyah ini. Sekarang saya sudah menjejakkan kaki ke tempat yang diceritakannya itu.
    Beberapa ketika kemudian peserta rombongan JARO Malaysia tiba ke Madrasah Bersuluk Syeikh Muhammad Noor Effendi yang terletak di tepi sawah dan mempunyai kolam ikan sebagai sumber lauk-pauk .Suasana di kawasan ini memang sejuk apalagi air dari gunung terus mengalir ke madrasah ini dan kawasan kampung di sini.Sewaktu mengambil wuduk di sini untuk solat jamak qasar zuhur dan asar memang terasa sejuk airnya .Sesudah solat di madrasah ini peserta rombongan dijamu makan tengah hari dan kemudiannya mendengar ceramah agama dari Syeikh Muhammad Noor Effendi yang mewarisi perjuangan dakwah daripada bapanya.
    Menurut Syeikh Muhammad Noor Effendi,madrasah ini didatangi ramai masyarakat tempatan dan pelajar yang pernah belajar di Syria.Saya sempat merakam ceramah beliau dalam pita rakaman untuk didengar semula sekembalinya dari Rao ke Tanjung Malim,Perak.Syeikh Muhammad Noor banyak mengajar tasauf di sini dalam usaha mencari keredaan Allah.Saya teringat kata-katanya agar umat Islam lebih banyak makan sayur-sayuran dan mengelakkan makan daging untuk menjaga kesihatan dan mengekang hawa nafsu yang akan lebih kuat jika makan daging.
    Hal ini mengingatkan saya kepada Wak Ali bin Ibrahim di Batu 16,Jalan Sungai Tiram,Ulu Tiram, Johor sewaktu berubat batu karang dengannya. Wak Ali berpesan agar berpantang supaya tidak makan apa juga daging,susu,sotong,telor,udang,ketam,kerang kecuali ikan atau sayur.Saya mendapat jawapan mengapa perlu berpantang untuk lebih makan sayur-sayuran dan ikan di sini secara ilmu tasauf sesudah mendengar ceramah singkat daripada Syeikh Muhammad Noor Effendi apabila rombongan JARO Malaysia berkunjung ke Tanah Dingin Sungai Ronyah di mana terletaknya Madrasah Bersuluk pimpinan Syeikh Muhammad Noor Effendi.Mungkin jika diizinkan Allah,saya ingin berkunjung lagi ke tempat ini untuk belajar ilmu tasauf dengan tokoh ini suatu masa nanti.
    Bas rombongan kemudiannya bergerak ke sebuah jambatan dan di bawahnya mengalir Sungai Asyik.Ramai peserta rombongan turun dan melihat keindahan alam di situ.Dari atas jambatan itu,Haen Taib Ridun bin Hatta,panitia Rao memberitahu saya arah dan lokasi sebenar kampung dan kerajaan asal Rao yang sudah tenggelam dan tinggal semak-samun.Kebanyakan penduduk sudah berhijrah ke kawasan pekan Rao sekarang.Menurutnya ada seorang penyelidik dari Jerman sedang membuat kajian di Rao tentang sejarah bangsa Rao yang begitu menarik minatnya untuk mengkaji orang-orang Rao dan tentunya suatu cabaran kepada orang Rao atau Indonesia sendiri mengapa orang luar berminat mengkajinya.
    Bas rombongan kemudiannya bergerak menyusur kampung-kampung lain di Tanah Rao sambil terlihat kawasan sawah padi,kolam ikan dan pokok buah-buahan yang diusahakan oleh orang-orang Rao.Bas kemudiannya berhenti di Lubuk Layang dan melihat prasasti peninggalan zaman purbakala.Apakah ianya batu milik penganut agama Hindu atau Buddha yang berhijrah dari Kemboja ribuan tahun silam tentunya perlukan kajian lanjut dari para arkeologi untuk mengesahkan dan mengenal pasti tulisan purba dan maknanya yang tertulis di batu itu.Saya ikut mengambil gambar dan bergambar di tepi batu itu bersama Mat Odit.
    Bas rombongan kemudian terus bergerak dan berhenti di tepi sebuah rumah penduduk kampung Rao.Para peserta rombongan berjalan kaki menuju ke Kampung Lubuk Sadap untuk minum petang .Beberapa orang peserta yang sudah keletihan menaiki motosikal penduduk kampung itu yang datang mengambil nereka.Mereka disambut dengan paluan kompang oleh sekumpulan kanak-kanak perempuan.Saya melihat di sekitar kampung itu banyak ditanam pokok kopi dan kelapa.
    Peserta rombongan kemudiannya balik ke homestay masing-masing dengan bas untuk beristirehat sebelum solat fardu maghrib.Mereka kemudiannya dibawa makan malam ke rumah salah seorang tokoh Rao di pekan Rao.Beberapa orang peserta rombongan yang menemui saudara-maranya yang sudah sangat lama tidak ditemui bermalam di rumah saudara-mara mereka keturunan Rao.Saya bertemu dengan Encik Amran,salah seorang pengkaji dan penulis sejarah Rao pada malam terakhir di bumi Rao dan bersalam dengannya.Saya mendapat maklumat beliau akan hadir di Mesyuarat Agung penubuhan Persatuan Jalinan Rao Malaysia(JARO) di Dewan Sri Tanjung, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim,Perak pada hari Ahad,21 Disember
    2008.
    Keesokan harinya,26 November 2008,para peserta rombongan bangun awal dan bersiap-siap untuk meninggalkan homestay masing-masing.Mereka menaiki bas rombongan dan menuju ke sebuah kolam air panas Panti sementara menunggu makan tengah hari.Kolam air panas itu mengingatkan saya dengan kolam air panas Felda Sg.Klah,Sungkai, Perak.Saya sempat merendamkan kaki di kolam air panas itu bersama para peserta rombongan yang berminat.
    Bas rombongan kemudiannya bergerak semula ke suatu tempat bernama Kauman Nagari Tanjung Betung,Kecamatan Rao Selatan,Kabupaten Pasaman,Sumatera Barat untuk makan tengah hari sebelum berpisah.Di majlis jamuan terakhir di bumi Rao itu saya sempat berbual dengan Edi Erman,seorang pegawai agama dan beberapa yang lain termasuk Febri Dayani(janda anak satu) dan beberapa orang tua yang mengetahui sedikit sebanyak perjuangan dan suka duka hidup orang Rao daripada mulut mereka sendiri.
    Bas rombongan meninggalkan Tanah Rao bersama seribu kenangan dan melintasi jalan-jalan yang pernah dilalui sewaktu datang beberapa hari lepas.Panorama alam seumpama sawah padi,sungai,Bukit Barisan,gunung berapi tak aktif dan aktif,olam ikan dan kampung-kampung orang Rao dan Minang dilalui semula.Bas rombongan singgah di sebuah kedai pakaian dan kraftangan di Bukit Tinggi.
    Bas rombongan terus bergerak bersama curahan hujan yang mulai mencurah.Beberapa orang peserta rombongan menyampaikan beberapa buah lagu lama dan baru sepanjang perjalanan menuju ke Padang.Ada yang menyampaikan lagu Bengawan Solo,Menimbang Rasa ,Geylang Serai dan sebagainya.Saya tidak ketinggalan menyampaikan lagu-lagu malar segar kerana teruja dan sporting dengan nyanyian mereka.Saya menyampaikan lagu “Berkorban Apa Saja”,”Malaysia Berjaya”,”Bahtera Merdeka” dan “Seroja”sebagai sumbangsih pada malam di dalam bas itu.
    Bas akhirnya memasuki Bandar Padang dan terus bergerak ke Restoran AW di tepi laut untuk makan malam sambil menghirup hembusan bayu laut yang sejuk dan nyaman.Di kejauhan Jambatan Siti Nurbaya yang terungkap dalam novel Siti Nurbaya dan kisah Datuk Maeringgih.Bas rombongan kemudian bergerak ke Hotel Rocky Plaza dan tiba tidak lama kemudian.Saya ditempatkan sebilik dengan Hj.Samran Abd.Manap.Keletihan begitu terasa dan saya cepat masuk tidur.Perjalanan jauh dari Tanah Rao ke Padang memang meletihkan tetapi mencetuskan ilham pelbagai isu kehidupan.
    Hari ini 27 November 2008 merupakan hari terakhir kembara di bumi Padang,Sumatera Barat.Sesudah sarapan pagi di café Hotel Rocky Plaza,peserta rombongan terus check out hotel dan memasukkan semula beg ke dalam perut bas.
    Bas rombongan meninggalkan Hotel Rocky Plaza dan bergerak menuju ke Pantai Air Manis dan singgah sekejap untuk melihat penjual telur-telur penyu dan keindahan pantai yang menghadap ke arah Lautan Hindi.

    Teluk Bayu

    Bas terus bergerak ke arah Teluk Bayu sambil panitia rombongan,Zenal Abidin bercerita tentang kisah hidup penyanyinya,Erni Johan.Beliau juga bercerita kisah legenda Malin Kundang yang begitu terkenal dan melakonkannya sekali sebagai bahan pengajaran dan renungan agar tidak menderhaka kepada si ibu jika sudah menjadi kaya atau berjaya dalam hidup.Peserta rombongan tidak berpeluang melihat batu sumpahan Malin Kundang kerana jalan yang agak licin kerana hujan pada malam tadi dan kesuntukan masa untuk pulang ke Malaysia.
    Saya dan peserta rombongan dibenarkan berjalan-jalan di sekitar bandar Padang yang lokasinya tidak jauh dari Hotel Rocky Plaza, tempat menginap pada malam tadi.Saya dan Mat Odit berlegar di sekitar bandar Padang.Saya mencari kedai kaset sekiranya ada menjual lagu “Teluk Bayu” nyanyian Erni Johan sebagai kenangan tetapi hampa belaka kerana penjual kaset itu tidak ada menjualnya lagi kerana mereka menjual lagu-lagu baru sahaja dan setengah-setengahnya sudah tidak mengenali penyanyi era 1960-an itu.
    Saya dan Mat Odit menggunakan masa yang ada dengan berjalan kaki menuju ke kedai buku Sari Anggerik yang terletak di No.63,Jalan Permindo,Padang untuk membeli buku-buku terbaru atau lama yang boleh menjadi bahan rujukan dan bacaan untuk dibawa pulang ke Tanjung Malim,Perak.Ada beberapa orang mengirim agar membeli buku jika singgah di bandar Padang.Saya membeli beberapa buah buku dengan kad kredit Public Bank yang rupanya diterima di kedai buku itu.Saya berasa lega dengan situasi itu.
    Bas rombongan bergerak mengitari bandar Padang sambil melihat suasana bandar itu.Bas singgah di Restoran Lubuk Idai dan makan secara bersila dengan masakan minang.Hal ini mengingatkan saya dengan Restoran Tupai-tupai di Kuala Lumpur yang mempunyai konsep yang sama.
    Sesudah makan tengah hari terakhir di bandar Padang itu,bas rombongan terus bergerak menuju ke Lapangan Terbang Minangkabau untuk check-in sebelum berlepas ke LCCT Kuala Lumpur pada jam 2.30 petang waktu lndonesia.Saya dan peserta rombongan sempat berlegar-legar di sekitar terminal lapangan terbang itu sambil solat jamak qasar solat zohor dan asar agar tidak kelamkabut di jalanan nanti.
    Pesawat Airasia kemudian berlepas meninggalkan Lapangan Terbang Minangkabau menuju ke LCCT Kuala Lumpur yang hanya mengambil masa satu jam sahaja untuk tiba.Begitu cepatnya perjalanan dari Padang ke Kuala Lumpur yang didekatkan oleh teknologi moden.Pesawat Airasia selamat tiba di LCCT Kuala Lumpur dan terus menaiki bas sewa yang ditempah oleh JARO Malaysia menuju ke Ipoh.Saya turun lebih dulu di stesen bas Tanjong Malim,Perak.Sebelum itu peserta rombongan singgah di hentian Sungai Buluh,Selangor untuk makan malam sendirian berhad dan mengerjakan solat jamak qasar maghrib dan isyak.
    Sepanjang perjalanan pulang dari LCCT Kuala Lumpur menuju ke Tanjong Malim,Perak, saya sempat berbual dengan Tahiruddin Ahmad dan beberapa yang lain untuk menghilangkan rasa letih dan mengantuk.Sebaik tiba di stesen bas Tanjong Malim,Perak,saya mencari kereta sapu untuk pulang ke rumah di Taman Bernam Baru,Tanjong Malim,Perak.Saya tidak mahu menyuruh isteri datang ambil saya kerana tidak mahu menyusahkannya dan tiba di rumah sekitar jam 10:00 malam bersama sejuta kenangan dan seribu keletihan yang tidak terucapkan.


    19 Disember 2008,jam 11.52 malam.

    ASAL USUL KETURUNAN RAWA PANTANG TANAH

    July 14, 2007 by ku-alam

    Asal usul pantang tanah ni kerana Raja asalnya yang berketurunan Rawa telah tersilap membunuh satu-satunya putera yang ada, kerana takut akan firasat bomoh yang mengatakan ada seorang yang telah lahir mengambil kuasa ditanah Rawa. Lalu diperintahnya selagi ada bayi lelaki yang lahir pada tarikh yang difirasat itu dibunuh semuanya.
    Oleh kerana suasana kelam kabut, pengasuhnya yang sedang mendukong Putera Rawa di luar Istana terkejut apabila bayi yang di dukungnya dirampas olih pengawal raja Rawa untuk di Bunuh. Setelah selesai kerja pembunuhan dilakukan maka Raja Rawa meminta Puteranya dari pengasuh tersebut, alangkah terkejutnya bahawa Puteranya turut dibunuh kerana perintahnya yang zalim itu.

    Maka Tiada lagi waris yang bolih memerintah Tanah Rawa, lalu diperintah pula mengambil putera raja dari berbagai jajahan dari negeri untuk dijadikan Waris Rawa, tapi semuanya mati. Lalu Raja Rawa meminta dari Raja Bugis untuk mengambil Puteranya menjadi Waris Rawa, tapi diberi satu syarat dan adat, iaitu Putera tersebut tidak bolih memijak tanah selagi upacara memijak tanah diadakan. Syarat tersebut diikut, hiduplah Putera Bugis itu menjadi Waris memerintah tanah Rawa.

    Maka jadilah adat pantang tanah sehingga hari ini, setiapa keturunan Raja Rawa walaupun perempuan atau lelaki mesti mengikut adat pantang tanah sehingga adat dan upacara diadakan, barulah bayi itu dibenarkan berjalan diatas tanah. Kalau tak cirit birit kuning hijau akan terjadi dan bayi itu akan cacat atau mati. Inilah sejarah yang tersembunyi dan ada juga mereka yang tidak mahu mengaku bahawa mereka sebenarnya berdarah Raja Bugis campur dengan Rawa.

    Cerita ini dari mulut Raja Rawa sendiri berasal dari Tanah Rawa yang telah menetap diKampung Sungai Itik, Gopeng, Perak. Beliau telah meninggal dunia. Keturunan asal Putera Bugis yang diambil sebagai Putera olih Raja Rawa dahulu. Itulah cerita serba sedikit keturunan Raja Rawa. Raja Rawa Sungai Itik, Gopeng Perak.
    Wallahhualam.

    Sumber dari farum jejakkeluarga bugis.
    http://ku-alam.blog.friendster.com/archives/4#comment-79
    12.12.08

    The Rawa War 1848

    Thomas Braddell in his note on the history of Negeri Sembilan enclosed with SS Despatch to the CO dated 29th December 1874, reveals the involvement of the Rawa (Rao) and Mandailing in the Rawa War of 1848. The latter were in Sungai Ujong (Seremban today) following the wake of the Paderi War (1816-1833).
    " The Rawa disturbances in 1848 are of sufficient importance to justify a few words giving an account of another and a most serious misfortune to the Sungai Ujong mine.
    " The Rawa are an adventurous people with a strong turn for trade, living to the north east of the Pagarooyong (Menangkabowe) district, in the middle of Sumatra. They have long been in the habit of trading to the Peninsula, and have established Colonies in several places, the most important of which was at Pahang, where they almost monopolized the trade. The superiority of these people over the ordinary Malay give rise to jealousies which require them to be on their guard, and to combine for mutual protection, so that when any of the tribe are injured the rest are bound to assist in protecting them, a feature in their character which adds to the dislike of them entertained by the Malays; but being like the Chinese, good colonists, they are allowed to remain in the Malay countries.
    " Causes of. - A number of the tribe had settled in Sungei Ujong, and were getting the chief portion of the local trade in their hands where three of them were put to death by the Klana for an alleged offence. The justice of the execution was denied by the trio, and they determined to exact vengeance. Assistance was sent for to Pahang, their head quarters, and open war was declared. This was said to have been the pretext for the war, but the truth probably was, that the many differences and jealousies between the two races had brought matters to such a state that it required very little to bring on a war.
    " Result of. - The Rawa proved their individual superiority over the Malays during the war. But being few in numbers and distant from their resources they were at last obliged to retire; and they have not since been allowed to return to the country. The Rawas who are now in Sungei Ujong are said to be Tamoosai Rawas, and do not mix with the others, Rawa Ulu (or up country Rawas); in fact the Tamoosais sided with the Klana."
    Here in this passage we have the first mention of the presence of the "Tamoosai" in the Peninsula in the second quarter of the 19th century. There were probably two groups of people from Rao - the Mandailings and the Rao. Rao is the frontier country between Minangkabau and Mandailing. The Rao or "orang Rawa" as they are known in the Peninsula and in East Sumatra. The "Tamoosai Rawas" were Rawa from Tambusai, while Rawa Ulu (or up country Rawas) were probably Mandailing, whose homeland was to the north of Rao. Of course, this does not discount the Tambusai's presence, a distinct group in themselves.
    The Mandailing involvement in the "Sungei Ujong" affair was confirmed by J.C. Pasqual who wrote about the episode in 1930s based on an account from "Raja Allang ibni Raja Brayun, who was a Forest ranger of the Ulu Langat district in the late 'eighties (1880's)". He implied that the Mandailings were not on the side of Dato' Klana but against him.
    " At this time Raja Brayun, a Mendeleng from Sumatra, invaded Sungei Ujong and attacked Datoh Klana Sendeng, because a friend of Raja Brayun was murdered and Datoh Klana Sendeng refused to pay the blood money of $400 according to 'adat' Malayu. On the side of Raja Brayun there was Panglima Garang and Panglima Si Gara, both 'invulnerable' and fierce warriors, besides 500 fighting men. But he was defeated although he had bribed one of Datoh Klana Sendeng's men with $3,000 to burn the granaries and blow up a powder magazine. Raja Brayun then retired to Recko, a village on the Langat river a short distance upstream from Kajang, and invited Raja Abdulsamad to live with him. He built a stockade at Recko and had a large force of fighting men who lived by robbery and raiding Sakais to sell them into slavery."
    Mandailings as well as Rawas raided Orang Asli and sold them into slavery. This is not to say that historically all Mandailings and Rawas were a party to this. Other Mandailings were also noted in British records as having employed Orang Asli.

    Kisah dolu-dolu

    Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

    Title : Pemikiran Politik dalam Novel Ahmad Boestamam

    Author : Zabidin Haji Ismail
    ISBN : 978-983-100-439-5
    Year Publish : 2010
    Page Number : 160
    Category : General


    Price: 30.00

    add to cart

    Content

    Ahmad Boestamam menguasai tiga bidang yang berbeza – politik, kewartawanan dan sasterawan – dan tersohor kerana ketiga-tiganya. Melalui pengalaman dan penglibatannya dalam bidang politik, Ahmad Boestamam menterjemahkan pemikiran politik ke dalam novel tulisannya. Penampilan pemikiran politik itu disimpulkan mengandungi tiga aspek iaitu nasionalisme, antikolonialisme dan sosialisme. Ketiga-tiga aspek pemikiran itu pula mempunyai perkaitan antara satu sama lain yang disampaikan dalam bentuk mesej yang digarap dalam novel.
    Buku ini berasaskan kajian tekstual dan kontekstual dengan tumpuan pada sepuluh buah novel Ahmad Boestamam. Teks novel tersebut dianalisis dan dikupas bagi mencungkil pemikiran politik beliau yang dianggap seorang novelis-nasionalis berpengaruh. Sebelum ini kebanyakan sarjana hanya cenderung melihat peranannya dalam sejarah politik sehingga meminggirkan sumbangannya dalam mengisi rentetan sejarah kesusasteraan Melayu moden tanah air. Buku ini diharapkan dapat menambah khazanah kajian berkaitan Ahmad Boestamam selain boleh dijadikan bahan rujukan penyelidik sastera dan sains politik.

    Buku Sekondakhati

    Buku Sekondakhati
    Buku yang memaparkan topik mengenai etnik Rao (Rawa) yang perlu dimiliki oleh mereka. Halaman 202 kulit kilat, kertas berkualiti dan penuh warna. Satu-satunya buku berbentuk journal khas mengenai Rao.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM40. Pembayaran: CIMB 08021261220523. TEMPAH SEGERA* NASKHAH HAMPIR KEHABISAN.

    Rao Di Sana-Sini

    Rao Di Sana-Sini
    Kompilasi 11 kertas kerja Seminar Melayu Rao yang julung kali diadakan di negara ini. Ketebalan 294 halaman. Tiada di pasaran terbuka. Kulit tebal RM70; kulit tipis RM40 termasuk belanja pos. Pesanan boleh dibuat kepada En. Zabidin Hj Ismail melalui 012-5070513. Pembayaran: CIMB 08021261220523

    Antologi Puisi Rao Nusantara

    Antologi Puisi Rao Nusantara
    Buku yang memaparkan puisi mengenai etnik Rao (Rawa) yang ditulis oleh penyair Malaysia dan Indonesia. Halaman 176 kulit kilat, kertas berkualiti. Satu-satunya buku puisi Rao yang pernah diterbitkan di negara ini.Tiada di pasaran terbuka. Hanya boleh diperolehi melalui pesan kepada En Zabidin Hj Ismail 012-5070513. Harga termasuk belanja pos RM20. Pembayaran: CIMB 08021261220523.

    Boleh juga bayar di sini

    Rakan Sekondakhati

    Lensa Rao